Ketahui Kegunaan 7 Peralatan Mekap Asas Bagi Wanita Ini

Product Details

Wanita sentiasa ingin kelihatan cantik walau dalam keadaan apa sekalipun. Kecantikan semulajadi bagi wanita akan terserlah jika mereka memiliki kulit wajah yang polos, gebu, cerah dan bebas dari masalah jerawat dan parut. Apabila kulit wajah nampak sempurna, ia akan sentiasa membuatkan wanita kelihatan menarik, bersih dan berseri-seri.

Namun kecantikan kulit semulajadi amat sukar dimiliki oleh setiap wanita. Ada sahaja masalah pada kulit muka seperti kemunculan bintik hitam, jerawat, kulit kusam dan pusat, tona wajah tidak sekata dan masalah lain yang akhirnya membuatkan wanita cenderung menutupinya dengan peralatan mekap.

Mekap Menaikkan Seri Kecantikan Wanita

Secantik mana pun kulit wajah yang dimiliki, wanita masih tetap ingin menghiasi wajah mereka dengan bantuan mekap. Apatahlagi bagi apabila kulit muka kurang sempurna. Mekap kini menjadi sahabat karib bagi wanita. Dengan sedikit sapuan gincu bibir berwarna merah membuatkan ramai mata tertarik untuk memandang berulang kali.

Untuk sempurna lagi, anda memerlukan peralatan asas mekap dan teknik penggunaan bagi setiap peralatan bagi menampilkan solekan yang sempurna pada wajah. Namun begitu masih ramai wanita yang masih tertanya-tanya apakah peralatan mekap asas yang diperlukan dan kegunaan setiap peralatan tersebut. Ini menyebabkan sesetengah wanita ragu-ragu untuk membeli peralatan mekap asas yang diperlukan apabila masuk ke butik mekap atau farmasi yang menjual peralatan mekap.

Peralatan Asas Mekap Bagi Wanita

Khusus untuk wanita yang masih baru ingin menjinak-jinakkan diri dengan mekap, anda sebenarnya tidak perlu membeli kesemua peralatan mekap secara serentak dan drastik. Untuk tampil berbeza dari wajah sebelumnya, anda memerlukan hanya beberapa peralatan asas mekap sebagai permulaan. Yang penting sebelum membeli peralatan ini, pastikan anda mengetahui setiap fungsi dan bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul.

Berikut ialah beberapa peralatan mekap asas yang perlu anda tahu sebelum membelinya di butik mekap berhampiran anda.

1. Foundation, Krim BB atau Tinted Moisturizer

Ketiga-tiganya serupa tetapi tidak sama. Perlu anda ketahui bahawa terdapat perbezaan dari segi tindakan dan kesan ketiga-tiga produk ini ke atas kulit. Sebelum memutuskan memilih manakah yang  terbaik untuk hasil mekap yang menawan, eloklah anda ketahui dulu perbezaan di antara ketiga-tiganya. Sebagai perbandingan asas, kesan penutupan bedak asas jauh lebih baik diikuti oleh krim bb dan tinted moisturizer.

Foundation / Bedak Asas

Foundation juga dikenali sebagai bedak asas. Kebanyakan bedak asas didapati dalam bentuk cecair tetapi tetapi cairannya pekat untuk sapuan di bahagian wajah. Bedak asas digunakan pada wajah yang dibersihkan sebelum anda menyapu sebarang bedak. Fungsi bedak asas bertujuan untuk menutupi tona warna kulit yang tidak sekata dan menutupi sebarang cela pada bahagian kulit wajah. Dengan bedak asas atau foundation, segala kesan seperti parut jerawat, bekas luka, bintik hitam dan garis halus dapat disamarkan.

Bedak asas mengandungi pigmen warna yang akan memberi lebih perbezaan warna tona pada kulit apabila dipakai. Ia mengandungi gabungan bahan pelarut air dan unsur minyak dan dengan ini akan menampakkan kesan kelembapan pada kulit apabila dipakai. Bedak asas sesuai untuk keberkesanan sepanjang hari sehingga 24 jam.

Ini adalah antara krim bedak asas atau foundation terbaik dan paling popular di pasaran :

Krim BB

BB merujuk kepada ‘beauty balm’ atau ‘blemish balm’. Dari segi fungsi kelembapan, krim BB lebih unggul berbanding bedak asas. Kebiasaannya krim BB datang dalam bentuk pakej gabungan fungsi perlindungan SPF dan anti penuaan. Ianya lebih ringan berbanding bedak asas dan mampu menampakkan kesan licin pada kulit wajah. Krim bb juga mempunyai fungsi yang sama seperti bedak asas iaitu membantu menutup cela pada kulit wajah, memberikan kesan lembapan serta menampilkan kesegaran wajah. Fungsi pelbagai dalam produk krim BB amat sesuai bagi wanita yang sentiasa kesuntukan masa untuk mekap dan menyapu pelbagai krim di wajah. Krim bb didatangkan dalam seleksi pelbagai tona warna yang disesuaikan mengikut warna kulit anda.

Berikut adalah beberapa produk krim bb terbaik untuk pilihan anda :

Tinted Moisturizer

Ia merupakan sejenis krim gabungan unsur pelembap yakni air dan minyak. Tinted moisturizer juga mengandungan pigmen warna yang dapat meningkatkan tona warna pada wajah akan tetapi kandungan pigmen warna ini kurang berbanding dengan krim bb dan bedak asas. Oleh itu ia tidak mampu menututp kesan celaan pada kulit sebaik krim bb dan bedak asas.

Bagi mereka yang mempunyai cela pada kulit yang ketara seperti parut jerawat, bintik hitam dan lebam di sekeliling mata, penggunaan tinted moisturizer mungkin agak kurang membantu. Sebaliknya anda boleh beralih kepada krim bb dan bedak asas. Tinted moisturizer pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan gaya mekap nampak lebih natural atau semulajadi. Penggunaannya juga lebih mudah dan menjimatkan masa yang diperlukan untuk mekap.

Berikut disenaraikan beberapa contoh krim tinted moisturizer.

2. Blush / Bronzer

Blush atau bronzer kedua-duanya sama tetapi mempunyai beberapa perbezaan. Anda boleh menggunakan gabungan keduanya atau memilih salah satu. Untuk bahagian pipi, anda boleh menyapu terlebih dahulu blush dan kemudian diikuti oleh sapuan lembut bronzer pada bahagian hujung tulang pipi. Ratakan sapuan dengan penggunaan berus yang sesuai. Jadi sebelum memilih produk ini di pasaran, ada baiknya anda mengetahui perbezaan di antara keduanya.

Blush

Blush berfungsi untuk menampilkan corak warna mengikut bentuk tulang pipi. Ia digunakan khusus pada bahagian tulang pipi. Ia didatangkan dalam beberapa pilihan warna lembut seperti pink dan warna pic. Blush akan membuatkan pipi anda kemerahan atau pink bergantung kepada pemilihan warna kesukaan anda. Blush membuatkan anda kelihatan lebih cantik terutama apabila dipakai semasa musim sejuk atau musim luruh.

Bronzer

Berbeza dengan blush, kegunaan bronzer tidak terhad di bahagian pipi. Ia turut boleh digunakan di bahagian garis tulang hidung, darhi, pipi, dan dagu. Warna bronzer agak terhada iaitu sama ada coklat atau warna kekuningan. Bronzer lebih sesuai bagi mereka yang menyukai mekap gaya semulajadi atau tampak lebih natural. Bronzer membantu dalam menampilkan kontur atau bentuk muka anda.

Alima Pure Satin Matte Bronzer

3. Cream Blush / Blush Stick / Powder Blush

Ketiga-tiganya merupakan pilihan bagi pemerah pipi. Ianya sama cuma berbeza dari segi tekstur dan kaedah penggunaan. Fungsi utamanya adalah untuk menampilkanwarna kemerahan atau merah jambu pada tulang pipi, garisan atas hidung dan bahagian T dahi.

Powder blush lebih menampilkan kesan matte serta lebih senang dipakai menggunakan berus pipi yang sesuai. Cream blush pula memberikan anda lebih kawalan dalam menentukan kedalaman warna pada bahagian sapuan. Ia menampakkan bahagian sapuan kelihatan lembap, licin dan berkilat. Ianya lebih sesuai bagi mereka yang mengalami kulit wajah yang kering.

Blush stick pula didatangkan dalam bentuk seakan lipstik. Ia disapu pada bahagian pipi supaya kelihatan lebih merah atau pink.

Salah satu contoh blusher dalam bentuk krim ialah Fresh Sorbet Blush oleh The Body Shop

The Body Shop Fresh Sorbet Blush

4. Eye Shadow Palette

Untuk warna kelopak mata yang menawan, anda memerlukan beberapa seleksi pembayang mata. Sapuan yang sempurna akan menampilkan kedalaman dan dimensi pada mata seseorang, melengkapi warna mata, membuat mata seseorang kelihatan lebih besar. Pembayang mata wujud dalam pelbagai warna dan tekstur. Antaranya serbuk, mika iaitu sejenis mineral silika, cecair, pensil, krim dan mousse.

Maybelline Blushed Nude Palette Eyeshadow

The Body Shop Down To Earth Quad Eye Shadow Smoky Gold

5. Maskara

Maskara bukanlah satu keperlua. Tetapi dengannya kecantikan mata akan kelihatan lebih tererlah. Ia membantu menampilkan bentuk bulu mata yang lebih panjang, hitam dan lentik. Untuk kesan pemakaian dalam tempoh masa yang panjang, terdapat pilihan maskara bersifat kalis air yang boleh menghalang kecairan maskara apabila terkena cecair seperti air mata dan peluh di bahagian wajah atau mungkin ketika hari hujan.

Antara produk maskara yang menjadi pilihan wanita ialah Maybelline Volum’ Express Magnum Waterproof Mascara dan Silkygirl Lash Prism Waterproof Mascara.

Maybelline Volum’ Express Magnum Waterproof Mascara

SILKYGIRL Lash Prism Waterproof Mascara

6. Eyeliner

Dahulu ia dipanggil sebagai celak mata. Kebiasaannya eyeliner didatangkan dalam bentuk pensil yang boleh dilukis mengikut garisan garisan mata. Kini terdapat juga dalam bentuk separa cecair untuk menampilkan lukisan bentuk garisan yang lebih tebal dan membentuk sehingga ke hujung mata. Kecantikan mata akan lebih terserlah dan bentuk mata kelihatan lebih besar.

Silkygirl Long Wearing Eyeliner

IN2IT Fine Tip Waterproof Eyebrow Liner WBS01 Chestnut

7. Set Berus Mekap

Mekap yang sempurna tidak akan terhasil tanpa set peralatan berus yang lengkap. Set ini merangkumi berus bagi sapuan pelbagai terutamanya bahagian muka dan mata.

ZOEVA Screen Queen Complete Brush Set 15 brushes

Get Reviews Widget

Leave a review

You may also like...