Adabi Chicken Curry With Potatoes
Recent review: Memang kegemaran keluarga. Sewaktu masalah ketiadaan air yang membataskan aktiviti masakan dirumah, saya telah menghidangkan kari ayam Adabi. Anak-anak ingatkan saya yang memasaknya kerana rasanya yang hampir sama. Isi ayamnya empuk namun tidaklah sampai hancur. Rasanya pula sangat sedap.