HomeMalayWaspada! Bahan Toksik Dalam Alat Mekap & Kecantikan

Waspada! Bahan Toksik Dalam Alat Mekap & Kecantikan

Mencari produk-produk kecantikan dan kebersihan diri berasaskan sumber organik kini semakin mudah. Pelbagai pilihan jenama di pasaran mula mengetengahkan produk organik berasaskan bahan semulajadi bagi mengelakkan pendedahan kulit kepada bahan kimia secara langsung kepada kulit. Namun, bagaimana pula dengan peralatan mekap? Wujudkah mekap organik di pasaran yang bebas dari bahan kimia berbahaya sebagai alternatif yang lebih selamat untuk kulit muka wanita?

Sebagai wanita yang sentiasa tampil cantik dengan rutin mekap seharian, anda seharusnya lebih mahir dan peka mengenai maslah lambakan produk mekap yang menadungi bahan toksik di pasaran. Sebelum membeli sesuatu produk mekap, langkah yang lebih bijak selain daripada memperhatikan kemampuan ia mengubah penampilan diri anda adalah mengenalpasti kandungan toksik yang mungkin terdapat dalam suatu barangan mekap.

Oleh itu, sebelum membeli sesuatu produk mekap, ada baiknya anda mengenalpasti kandungan suatu produk mekap sebelum membelinya. Jangan kerana ghairah untuk kelihatan cantik, anda mengabaikan kesan mekap toksik ini untuk jangka masa panjang terhadap kesihatan kulit anda.

Berikut ialah bahan toksik dalam alat mekap dan kosmetik yang harus anda kenalpasti sebelum membeli.

1.Phthalates

Sebutannya adalah Tha-lates. Bahan ini sering terdapat dalam pelbagai produk mekap dan kecantikan seperti syampu, wangian, losyen kecantikan, krim wajah, alat kecantikan kuku. Penggunaan bahan ini telah diharamkan di kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat. Namun tidak mustahil mungkin masih terdapat pengeluar yang menggunakan bahan toksik ini adalah penghasilan barangan kosmetik dan mekap.

Phtalates ditulis dalam pelbagai bentuk bergantung kepada produk dikeluarkan. Sebagai contoh dalam alat pengilat kuku ia dirujuk sebagai dibutylphthalate (DBP). Alat penyembur rambut merujuknya bahan ini sebagai dimethylphthalate (DMP), manakala bahan pewangi dirujuk dengan istilah diethylphthalate (DEP). Di antara ketiga-tiganya, DEP didapati masih digunakan sebagai bahan pelarut dalam minyak wangi manakala dua lagi iaitu DMP dan DBP semakin berkurang di pasaran. Dalam kajian, bahan phtalates didapati memberi kesan terhadap sistem pembiakan wanita. [1]

2. Sodium Lauryl Sulfate (SLS)

SLS digunakan secara meluas dalam produk kosmetik dan kecantikan seperti ubat gigi, syampu dan sabun. Penggunaan bahan ini dalam kuantiti yang minimum dikatakan tidak akan memberi kesan merbahya terhadap kesihatan. [2]

Walaupun kesan bahan ini terhadap kesihatan adalah rendah, namun ia mungkin boleh menyebabkan iritasi kepada kulit, mata dan masalah pernafasan bagi sesetengah pemakai yang mengalami alahan terhadap bahan kimia tertentu.

Selain dirujuk sebagai SLS, anda juga boleh mengenalpasti nama sinonim yang digunakan iaitu Monododecyl Ester Sodium Salt Sulfuric Acid dan  Sodium Dodecyl Sulfate.

3. Paraben

Perbincangan mengenai penggunaan paraben dalam produk kosmetik keluaran sesetengah pengasas kosmetik di Malaysia begitu hangat diperkatakan. Mekap, bahan pelembap, bahan penjagaan rambut adalah antara bahan yang mengandungi paraben. Tetapi tidak semua pengeluar menggunakan bahan ini dalam penghasilan produk mereka. Paraben ialah sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam peralatan kosmetik untuk mencegah kemunculan bakteria berbahaya. Paraben paling umum digunakan antaranya ialah methylparaben, propylparaben, butylparaben, dan ethylparaben.

Kanser adalan salah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan paraben. Namun sehingga hari ini belum ada bukti kukuh menunjukkan bahan ini sebagai punca kanser. Namun dalam kajian menerusi sampel sel kanser payudara telah dikesan terdapat unsur paraben dalam 18 daripada 20 sel yang dikaji. [3]. Namun kajian ini masih dalam pertikaian oleh para pengkaji dan masih belum dibuktikan dengan kukuh kaitan paraben dengan punca penyakit kanser.

4. Polyethylene  / PEG

PEG banyak digunakan dalam produk krim pelembap kosmetik. Kesan bahaya bahan ini bergantung kepada proses pengeluaran sesuatu produk oleh syarikat pengeluar. Penggunaan bahan PEG yang tercemar oleh bahan ethylene oxida dan 1,4-dioxane boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan termasuk kanser dan sistem saraf. Mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat yang belum sembuh dan luka di bahagian kulit boleh menyebabkan kesan iritasi dan toksik kepada kulit. [4]

5. BHA & BHT

BHA (butylated hydroxyanisole) dan BHT (butylated hydroxytoluene) merupakan bahan antioksida sintetik yang banyak digunakan dalam pembuatan peralatan mekap seperti lipstik dan krim pelembap. Kedua-dua bahan ini boleh mendorong tindak balas apabila di sapu pada kulit. Bahan BHT mampu menembus ke dalam kulit dan meninggalkan kesan untuk tempoh masa yang panjang. [5]

Ujikaji ke atas tikus menunjukkan kesan pendedahan BHT dalam kuantiti yang tinggi untuk tempoh masa panjang telah menyebabkan kesan kerosakan terhadap beberapa organ dalaman tikus iaitu buah pinggang, hati dan pembekuan darah pada dalaman tikus yang diuji. [6]

Selain itu, ia turut diyakini memberi kesan terhadap penghasilan hormon lelaki dan wanita yang akhirnya memberi kesan terhadap sistem pembiakan manusia.

Kebanyakan negara Eropah telah melarang penggunaan BHA dalam penghasilan minyak wangi dan kosmetik. Negara Kanada adalah antara negara yang masih tidak terkawal dalam penggunaan bahan BHT walaupun telah diumumkan oleh kementerian kesihatan negara berikut bahawa ia mengandungi bahan asas karsinogenik.

6. Petrolatum

Anda pasti biasa mendengar mengenai bahan petrolatum yang sering terdapat dalam produk minyak jeli. Bahan ini digunakan sebagai bahan pelembap untuk kulit dan juga produk rawatan rambut. Petrolatum mampu tembus ke dalam sel kulit dan menunjukkan keberkesanan yang baik khususnya dalam produk pelembap dan krim. [7]

Dalam penghasilan suatu produk dari bahan petrolatum, perkara yang harus dibimbangi ialah apabila berlaku pencemaran polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs) di dalamnya. Pendedahan terhadapa bahan tercemar ini untuk suatu tempoh yang lama akan menyebabkan kesan kesihatan termasuk kanser. Petrolatum yang dicemari oleh PAHs akan menninggalkan kesan alergi dan iritasi terhadap kulit.

7. Triclosan (TCS)

Boleh dikatakan setiap hari dan sepanjang masa kita menggunakan produk pewangi ketiak iaitu antiperspirant dan deodoran. Kedua-dua produk mengandungi bahan triclosan yang berfungsi sebagai agen anti bakteria dan bahan pengawet. Selain itu, bahan ini turut terkandung dalam produk cecair sanitizer. Bahan ini bukan hanya bertindak ke atas kulit malah mampu tembus ke dalam sel kulit untuk memastikan keberkesanan sesuatu produk.

Penggunaan bahan dalam produk ini mampu dikesan dalam bahan urin dan kulit manusia apabila digunakan untuk suatu tempoh yang lama. Ini menimbulkan pesoalan sama ada TCS berisiko terhadap kesihatan manusia.

Berhati-Hati Dalam Membeli Produk Kecantikan

Masih terdapat beberapa lagi bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan toksik kepada kesihatan. Antaranya siloxanes, quaternium-15, diaminobenzene dan lain-lain. Walaupun masih terdapat dakwaan pro dan kontra menerusi kajian yang berbeza oleh para pengkaji, dengan wujudnya pelbagai jenis penyakit seperti kanser yang semakin ramai di seluruh dunia, kita tidak boleh nafikan kemungkinan kesan bahan kimia ini terhadap sistem tubuh badan manusia.

Oleh itu, sebagai pengguna anda haruslah bijak sebelum membeli sesuatu produk kecantikan. Salah satu langkah positif adalah dengan membaca label kandungan pada keterangan produk dan seterusnya menyemak jika terdapat bahan yang paling berisiko terhadap kesihatan anda.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan