Nutrisi penuh dengan pelbagai mitos dan salah faham. Apa yang orang ramai percaya selalunya tidak sama dengan fakta sebenar. 

Ramai yang menyangka makanan yang sihat tidak akan menggemukkan, ternyata anda silap kerana makanan yang sihat juga mengandungi kalori dan lemak yang boleh menggemukkan anda. 

Langkah pertama jika anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu hentikan pemakanan kudap-kudapan dalam rutin diet anda. 

Anda mungkin akan terkejut bahawa kudapan anda itu mengandungi kandungan lemak dan kalori yang tinggi. 

Anda tidak perlu sabotaj diet anda, cuma ikuti beberapa tips yang kami sediakan kepada anda untuk mengatahui makanan sihat apakah yang anda perlu elakkan. 

Di bawah adalah 5 jenis  makanan sihat teapi menggemukkan yang tidak sesuai untuk wanita yang merancang diet dan memiliki tubuh badan langsing. Tapi harus diingat agar tidak berlebihan kerana ianya juga mampu menyumbang kepada kegemukan juga. 

Jangan risau…kerana kami juga sediakan idea makanan apa yang terbaik untuk pilihan anda. 

1. Bijiran sarapan (cereal)

Juga dikenali sebagai bijiin ‘sihat’ adalah kemungkinan makanan paling ‘teruk’ yang anda makan untuk memulakan hari anda.

Ia biasanya mengandungi gula dan karbohidrat terlerai iaitu kandungan yang paling menggemukkan yang pernah wujud. Dengan memulakan hari anda dengan bijiran yang diproses ini, kandungan darah dan insulin akan mencanak naik. Apabila gula dalam darah pecah beberapa jam selepas itu, badan anda akan meminta lebih snek tinggi dengan karbohidrat terlerai yang menggemukkan.

Yang penting, BACA LABEL. Kebanyakan bijirin sarapan, malah yang ‘low-fat (rendah lemak)’ atau ‘whole grain (bijirin penuh)’ di pakej biasanya dipenuhi dengan gula.

Jika anda lapar waktu pagi, wajib sarapan tetapi pilih sesuatu yang tidak diproses dan mengandungi protein seperti telur dan sayur.

Jika anda mesti mengambil bijirin untuk sarapan, cari yang tidak mengandungi gula.

 

Foto: Malaysia Deal and Sales

Kami cadangkan Pristine Rolled Oat kerana ianya diperbuat daripada bijirin oat yang dikukus dan kemudiannya digelek menjadi kepingan. Proses ini dapat membantu untuk menstabilkan kadar minyak sihat di dalam bijirin oat tersebut dan memanjangkan jangka hayat oat tersebut untuk simpanan. Secara nutrisinya, Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.

Baca komen pengguna tentang Pristine Rolled Oat

 

2. Roti Whole Grain (Bijirin Penuh)

Masalah utama dengan kebanyakan makanan bijirin penuh adalah, ia sebenarnya tidak dibuat dari ‘bijirin penuh’ yang sebenar. Ia hanyalah teknik pemasaran mereka.

Semua tanpa pengecualian, bijirin dilumatkan menjadi tepung yang halus yang mudah dihadam dan menaikkan kandungan darah. Malah, roti bijirin penuh mengadungi glycemix index (untuk mengukur betapa cepatnya makanan menaikkan gula dalam darah) yang tinggi seperti roti putih biasa.

Roti bijirin penuh mungkin mengandungi lebih fiber dan beberapa nutrien lain, tetapi masih tidak bayak beza dengan roti putih biasa apabila ia masuk sistem tubuh kita.

Banyak kajian menunjukkan yang bijirin (malah yang cakap untuk jantung yang sihat) boleh menyebabkan masalah jantung terutama sekali bagi mereka yang sensitif kepada gelatin.

Namun, roti bijirin penuh Canadian dari Gardenia merupakan pilihan terbaik bagi anda yang sedang berdiet dan menjaga kesihatan jantung. Ianya diperbuat dari gandum Kanada yang mempunyai Glycemic index (GI) yang rendah.

Baca komen pengguna tentang Gardenia  WholeGrain with Canadian Purple Wheat

3. Granola

Jika granola dihasilkan dengan bahan yang sebenar, ia mungkin makanan sihat. Tetapi apabila pembuat makanan mula membuatnya secara besar-besaran, mereka mengubahnya dan akhirnya menjadi tidak sihat.

Granola mengandungi kandungan yang menyihatkan seperti oats dan kekacang, tetapi apabila ditambah gula dan minyak kemudian dicampur dengan proses pembungkusan yang memudahkan membuatkan kita sentiasa ingin mengambilnya, ia menjadi tidak sesihat mana.

Foto: Hip2Save

Nak dapatkan granola yang sihat? Anda digalakkan mencuba granola campuran yang dicampur kelapa, buah cranberry dan kacang almond keluaran Kelloggs. Ianya tidak dicampur gula malah rasa manis semulajadi adalah dari buah dan kekacang asli.

Baca komen pengguna tentang Kellogg’s Special K Nourish Coconut Cranberry Almond Cereal

 

4. Yogurt Rendah Lemak

Yogurt diperakui adalah makanan yang menyihatkan. Tetapi masalahnya, kebanyakan yogurt di pasaran adalah yang rendah lemak yang mana melalui banyak proses yang tinggi.

Apabila pembuat makanan membuang lemak dari makanan, ia akan menghasilkan rasa yag teruk. Sebab itulah menambah macam-macam untuk menggantikan kekurangan lemak pada makanan itu. Untuk yogurt, mereka biasanya menambah gula, kandungan sirap jagung fructose atau apaapa saja pemanis tiruan.

Tiada kajian yang menunjukkan lemak tenusu menyebabkan kegemukan. Malah ada kajian yang menunjukkan orang yang mengambil lemak tenusu yang tinggi adalah susah untuk menjadi gemuk!

Yogurt yang mempunyai tambahan perasa buah-buahan anda akan menambah sebanyak 15 gram gula bersamaan empat sudu teh gula ke dalam yogurt anda.

Foto: virepicf.pw

Pilihan 1000comments.com adalah NESTLÉ Natural Set Yogurt yang semestinya yogurt asli tanpa sebarang pewarna dan perisa tambaha. Lebih sihat lagi, ianya tiada dicampur dengan gula tambahan. Jika anda sedang berdiet, produk ini harus ada di peti sejuk anda.

Baca komen pengguna tentang NESTLÉ Natural Set Yogurt

 

5. Salad Dressings

Sayursayuran adalah sangat menyihatkan. Ia dipenuhi dengan nutrien, antioksidan, fiber larut and pelbagai lagi kebaikan. Jadi salad juga adalah makanan yang menyihatkan. Bagaimanapun, ramai yang menambah dressing ke dalam salad mereka.

Masalahnya, kebanyakan dressing salad diperbuat daripada bahan seperti minyak soya dan manisan tiruan.

Seeloknya, buat dressing sendiri. Tambah extra virgin olive oil, cuka dan sedikit rencah seperti rosemary, cinnamon. Jelas sekali, dressing salad juga mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Kebanyakan mereka suka menggunakan tuna dari tin yang mengandungi 39gram protein dan juga 179 kalori. Lebih masalah lagi, di tambah pula dengan mayonis iaitu tambahan 90 kalori dan 10 gram lemak untuk setiap sudu. Jadi gantikan mayonis anda dengan yang lain untuk elakkan diet anda menjadi sia-sia. 

Foto: redmart.com

Kami cadangkan anda menggunakan minyak zaitun atau olive dari Naturel kerana ianya lebih menyihatkan dan tiada campuran perasa tambahan. Sememangnya sesuai dengan anda yang mementingkan berat badan ideal.

Baca komen pengguna tentang Naturel Olive Oils

 

Dah tahu apakah pilihan tepat untuk variasi makanan yang sesuai untuk berat badan ideal serta kesihatan tubuh badan?

Buat pilihan tepat demi kesihatan badan. Sayangi diri dengan pemakanan yang sihat dan lebih semulajadi. Ini kerana wang ringgit tidak bermakna tanpa kesihatan yang baik.

AMARAN : Tidak SEMUA anda perlu elakkan, tetapi bagi yang SERIUS ingin menurunkan berat badan ini adalah cadangan kami yang perlu diberi perhatian.