Salah satu penghargaan bagi wanita yang berberanan sebagai isteri dan ibu yang menguruskan rumahtangga adalah memiliki peralatan dapur moden yang lengkap di rumah. Ia bukanlah satu kehendak bahkan ia menjadi satu keperluan bagi membantu meringankan beban kerja seorang suri rumahtangga menguruskan kerja di dapur dengan lebih mudah dan jimat. Jika anda seorang suami yang mampu dari segi kewangan, tidak salah seandainya anda menghargai penat lelah isteri yang menguruskan rumahtangga dengan cara menyediakan kelengkapan peralatan dapur moden untuk memudahkan kerja dapur harian isteri anda setiap hari.
Lima Peralatan Dapur Moden Yang Memudahkan Kerja Ibu Di Dapur
Anda pasti keliru untuk memilih peralatan dapur moden mana yang harus dimiliki untuk memudahkan kerja seharian di dapur. Anda perlu bijak memilih sebelum membuat keputusan membeli sesuatu peralatan dapur untuk mengelakkan daripada membazr duit terhadap perkara yang tidak perlu. Pengguna yang bijak tidak akan lokek membelanjakan wang untuk sesuatu barangan yang digunakan setiap hari.
Ya.Sebaiknya pilih peralatan dapur moden yang digunakan setiap hari untuk mengelakkan pembaziran dan tersadai begitu sahaja kerana tidak digunakan. Untuk itu, kami senaraikan lima peralatan dapur moden yang memudahkan kerja ibu di dapur paling penting untuk anda pertimbangkan semasa membeli.
1.PERIUK TEKANAN
Sesetengah orang mungkin agak takut untuk menggunakan periuk tekanan kerana bimbang kesan bahaya yang mungkin terjadi seperti meletup. Terlalu sedikit kes periuk tekanan meletup kerana kebanyakan peralatan elektrik telah mendapat jaminan cop SIRIM untuk keselamatan. Kebanyakan kes letupan periuk tekanan berlaku disebabkan tidak mengikuti kaedah penggunaan yang betul. Salah satu penyebab periuk tekanan meletup ialah kerana tidak mengeluarkan wap tekanan selepas setiap kali memasak iaitu sebelum periuk tekanan dibuka.
Periuk tekanan hari ini sangat memudahkan wanita mencipta dan memasak pelbagai jenis resepi yang menyelerakan dalam masa yang singkat. Pelbagai jenis resepi sedap untuk hidangan keluarga boleh dimasak dengan menggunakan periuk tekanan. Antaranya ialah resepi ayam panggang, gorengan dalam minyak masak, hidangan stim atau kukus, masakan daging, hidangan sup dan sebagainya.
Masa yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan juga lebih cepat. Sebagai contoh dalam melembutkan masakan daging. Ia hanya mengambil separuh daripada masa rebusan atau gorengan menggunakan dapur gas. Ini sangat memudahkan apabila anda ingin masak rendang daging, stik dan sebagainya.
Antara jenama periuk tekanan popular masa kini ialah Cornell, Noxxa, dan Phillips. Anda boleh lihat beberapa lagi pilihan jenama periuk tekanan yang sesuai untuk anda di senarai periuk tekanan 100Comments.com
2.WATER FILTER
Hari ini rata-rata pengguna menekankan kebersihan air di rumah kerana keutamaannya sebagai air minuman dan keperluan semasa memasak. Penggunaan water filter atau penapis air di rumah adalah salah satu cara terbaik masa kini untuk mendapatkan bekalan air bersih terutama untuk minuman seharian. Alat penapisan air berfungsi menapis kekotoran air yang masih tersisa daripada air yang diproses sebelum ia sampai ke saluran paip rumah kita.
Kebanyakan jenama penapis air pada hari ini telah ditingkatkan teknologinya bagi memudahkan kegunaan di rumah. Antaranya fungsi air panas dan air sejuk yang boleh diminum secara terus tanpa perlu dimasak dan disimpan dalam peti sejuk. Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan ciri keselamatan bahan anti karat yang mengelakkan mineral karat daripada masuk ke dalam badan kita.
Ia juga amat memudahkan untuk tujuan memasak. Menyediakan masakan dengan air yang ditapis lebih selamat dan menjamin kebersihan makanan yang disediakan oleh para ibu.
Antara jenama penapis air popular di Malaysia ialah Cuckoo dan Coway. Anda boleh lihat lebih banyak lagi senarai penapis air popular di sini.
3. PENSTIMAN MAKANAN / FOOD STEAMER
Ibu-ibu sentiasa ingin menghidangkan makanan berkhasiat dan sihat untuk keluarga mereka. Penstiman adalah salah satu kaedah masakan sihat yang baik untuk seisi keluarga. Namun adakalanya masakan stim agak sukar dan leceh dilakukan bilamana perlu menyediakan peralatan khas untuk kaedah penstiman di atas dapur. Disebabkan itulah ramai wanita mengelakkan masakan stim kerana proses penyediaannya agak rumit dan memakan masa.
Dengan peralatan penstiman makanan moden atau food steamer elektrik, kerja menghasilkan makanan sihat berasaskan kukus dan rebusan menjadi lebih cepat dan mudah. Pelbagai jenis masakan kukus dan rebus boleh disediakan termasuk ayam, daging, ikan, roti kukus, roti pau, kentang rebus dan sebagainya.
Dengan food steamer, dapatlah ibu-ibu berpuas hati dalam menyediakan hidangan sihat untuk keluarga. Sebagai suami anda pun pasti jemu jika setiap hari terpaksa menghadap makanan bergoreng setiap hari yang tentunya tidak baik untuk kesihatan.
Antara jenama food steamer paling popular di Malaysia ialah Tefal yang menawarkan penstiman bertingkat untuk masakan pelbagai jenis secara serentak. Sungguh menjimatkan masa anda! Anda boleh juga menyemak beberapa jenama food steamer lain di 100Comments.com
4. PEMBAKAR ROTI, PEMBUAT WAFEL & SANDWICH
Peralatan ini sangat penting untuk mempelbagaikan hidangan khususnya bagi anak-anak kecil. Pembakar roti dan sandwich memudahkahkan para ibu menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, petang dan malam. Dengan hanya satu butang elektrik sahaja, roti bakar, sandwich dan wafel dapat disediakan dalam masa yang singkat. Tambahan lagi penggunaan alat elektrik ini dapat mengelakkan daripada penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan.
Tanpa peralatan ini, ibu-ibu lebih cenderung menggoreng makanan ringan berasaskan minyak seperti kentang goreng, nuget, dan kuih-kuih yang perlu digoreng dengan minyak seperti karipap dan popia. Dengan tiga jenis peralatan ini, ibu-ibu mampu menyediakan sandwich yang lebih sihat. Pilihan roti bakar juga dapat meningkatkan selera anak untuk bersarapan. Manakala wafel yang sedap pula boleh dihidangkan dengan persembahan yang menarik seperti tambahan aiskrim, buah-buahan dan coklat cair di atasnya. Memang sedap!
Anda boleh semak beberapa peralatan pembakar roti, pembuat wafel dan sandwich dalam senarai 100Comments ini.
5. OVEN & MIKROWAVE
Oven dan mikrowave kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza. Bergantung kepada kegunaan masing-masing. Jika anda seorang isteri dan ibu yang sibuk bekerja dan jarang memasak, pilihan mikrowave adalah terbaik untuk anda. Dengan mikrowave ia memudahkan anda untuk kerja memanaskan semula makanan yang telah siap dimasak, menyediakan menu ringkas seperti makaroni bakar, popcorn, coklat brownie atau sebarang jenis masakan yang telah separuh masak. Tetapan fungsi mikrowave juga lebih senang difahami dan digunakan kerana terdapat butang-butang khas untuk setiap fungsi masakan seperti fungsi nyahbeku, pemanasan semula makanan, pembakaran dan sebagainya. Penetapan masa juga lebih mudah dikawal yang boleh menjaga tetapan masa penggunaan supaya makanan tidak hangus. Sesetengah daripada kita mengelakkan penggunaan mikrowave kerana penggunaan tenaga frekuensi elektromagnetik yang dikatakan memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan.
Berbeza dengan oven, ianya lebih sesuai untuk fungsi membakar makanan mentah seperti daging, ayam, ikan dan membakar kek dan biskut. Anda boleh membakar hampir kesemua jenis masakan tanpa menjejaskan rasa makanan. Oven membakar makanan menerusi penghasilan tenaga haba. Ia malah menjadikan makanan lebih sedap terutama apabila membakar daging, kek dan biskut. Membakar dengan oven juga lebih cepat dan menjimatkan masa dan tenaga.
Untuk melihat beberapa jenis oven dan mikrowave, anda boleh semak beberapa jenama terkenal seperti Elba, Sharp, Panasonic, Tefal, Philips dan Hitachi di senarai oven & mikrowave di 100Comments.