10 Krim Hilangkan Kesan Stretch Mark Dengan Berkesan
10 Krim Hilangkan Kesan Stretch Mark Dengan Berkesan
HomeMalay10 Krim Hilangkan Kesan Stretch Mark Dengan Berkesan

10 Krim Hilangkan Kesan Stretch Mark Dengan Berkesan

Memang mengecewakan apabila terpaksa berhadapan dengan parut stretch marks yang teruk selepas bersalin. Parut stretch marks yang tiba-tiba terjadi semasa kehamilan boleh muncul dalam pelbagai keadaan. Ada wanita mengalami tanda parut dalam bentuk garis-garis panjang di bahagian abdomen dengan warna merah coklat yang hodoh. Ada pula tanda garis-garis panjang berwarna putih dan tidak begitu jelas kelihatan. Walau apa pun rupa stretch marks yang keluar, setiap wanita hamil tentunya risau kerana terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Lebih-lebih lagi selepas bersalin.

Jika tidak dirawat, wanita akan hilang keyakinan diri terutamanya terhadap suami. Parut stretch marks boleh muncul di beberapa anggota badan. Tidak hanya terjadi di bahagian perut. Agak sukar untuk menghilangkan parut stretch marks kerana ia terjadi disebabkan kerosakan pada bahagian dalam dermis kulit yang tertarik atau meregang semasa badan mengembang ketika bersalin.

Terdapat beberapa petua semulajadi yang boleh diamalkan untuk menghilangkan parut stretch marks. Namun, pastinya ramai ibu yang memilih penggunaan ubat-ubat farmasi dalam bentuk krim untuk menghilangkan kesan parut. Ianya menjimatkan banyak masa terutama bagi ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga dan kerjaya. Mari kita lihat 10 krim penghilang stretch marks secara berkesan.


1. Krim Stretch Mark Mama’s Choice

Krim Stretch Mark Mama’s Choice

Krim Stretch Mark Mama’s Choice direka khas untuk ibu yang sedang hamil mahupun selepas bersalin bagi mengatasi masalah parut akibat kulit regang atau lebih dikenali sebagai stretch mark. Selamat digunakan, dijamin halal dan menggunakan bahan semula jadi yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, krim ini membatu merawat dan menghilangkan kesan parut pada kulit khususnya bahagian perut ibu.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice ini diformulasi daripada inovasi biokimia lipobelle soyaglycone iaitu ekstrak daripada kekacang soya sebagai bahan asas yang menjaga kesihatan kulit secara menyeluruh. Kandungan ini meningkatkan penghasilan kolagen kulit, sekali gus membantu memulih dan memperbaiki kesan regangan-regangan kecil yang menyebabkan parut pada kulit. Bahan ini juga meningkatkan ketebalan kulit sehingga 12% dan melindungi kulit daripada terlebih anjal apabila perut mengembang ketika kehamilan. Kandungan ini dirumus khas untuk mengelakkan kedutan kulit dan meningkatkan hidrasi serta kelembutan kulit.

Bahan utama lain yang turut digunakan dalam penghasilan krim Stretch Mark Mama’s Choice ialah daun lidah buaya yang kaya dengan Vitamin A, E, magnesium dan zink memberi kenyamanan dan melegakan kegatalan kulit. Kandungan shea butter yang mempunyai sifat anti-radang dan melindungi kulit pula mengekalkan kelembutan kulit agar kekal licin dan sihat. Minyak zaitun yang terkenal sebagai agen anti oksidan, melindungi kulit daripada rosak dan memberi kelembutan semula jadi manakala kandungan minyak jojoba mengekalkan keanjalan dan memelihara kekenyalan kulit.

Apa yang menarik mengenai krim Stretch Mark Mama’s Choice ialah ia kaya dengan bahan anti oksida dan komponen penghasilan kolagen yang sememangnya berguna untuk kesihatan kulit. Tekstur krim yang tidak berminyak ini mudah meresap dan tidak melekit, mesra untuk kegunaan seharian.

Dijamin 100% selamat untuk ibu hamil, ibu yang menyusu badan dan kegunaan selepas bersalin, krim parut regangan ini boleh didapati dalam harga mampu beli.

Mama’s Choice memberi jaminan bahawa krim parut regangannya bebas bahan paraben dan alkohol, direka dan diuji secara dermatologi di makmal di Singapura serta berunsur hipoalergenik. Ia memastikan keselamatan dan kesihatan ibu termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Krim Stretch Mark Mama’s Choice adalah pilihan utama pengguna pasaran dalam talian di Singapura, Indonesia dan Thailand.

Sapu krim Stretch Mark Mama’s Choice pada bahagian perut dan bahagian lain seperti payu dara, pinggul dan paha setiap hari, pagi dan malam. Urut dalam gerakan pusingan bagi menggalakkan peredaran darah dan pastikan urutan anda lembut dan selamat. Disyorkan digunakaan pada fasa awal trisemester kedua sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas bersalin bagi mengelak dan mengurangkan kewujudan kesan parut hamil.

Sekiranya anda menyukai Krim Stretch Mark Mama’s Choice, tinggalkan ulasan di sini. Anda boleh membeli produk Mama’s Choice di laman web mereka, Shopee dan Lazada.


2. Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks

Membantu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit serta mengurangkan kemunculan tanda regangan daripada kesan stretch marks. Pure Cocoa Butter dan Shea Butter yang diperkaya vitamin E dan kolagen akan mengekalkan kelembapan supaya sentiasa lembut selama 48 jam berterusan. Dengan ini, proses regangan kulit yang berlaku akan lebih mudah dan tidak menyebabkan rasa gatal seperti kebiasaannya yang terjadi apabila stretch marks mula muncul. Ibu hamil tidak perlu menunggu selepas kelahiran untuk sapuan krim ini. Gunakannya semasa sedang hamil ketika tanda-tanda stretch marks mula kelihatan. Ianya sesuai untuk kegunaan seluruh badan.

Lihat kata pengguna mengenainya.


3. SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream

Krim klinikal SkinLabs Concentrated Vitamin E Cream sesuai untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk mengurangkan kesan parut stretch marks. Krim pelembap harian ini diperkaya dengan 10,000 nilai i.u vitamin terkonsentrasi. Ia menyediakan perlindungan yang komprehensif dan terapi kulit yang berkesan. Krim ini mampu menghilangkan atau mengurangkan kesan parut dan stretch marks dalam masa yang sama. Sesuai untuk kegunaan harian, mereka yang mengalami kulit senditif kerana bersigat hipoalergi. Krim ini menyerap dengan mudah ke dalam struktur dalaman kulit untuk proses pembaikan lapisan dalam kulit.

Lihat kata pengguna mengenainya


4. Cosmoderm Vitamin E 15,000 IU With Rosehip Oil

Cosmoderm Vitamin E 15,000 merupakan minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan Rosehip yang berkesan untuk kesihatan kulit, memperbaiki struktur lapisan dalam kulit yang rosak kesan daripada parut stretch marks serta mengekalkan kelembapan kulit. Anda boleh menyapu ke seluruh permukaan kulit yang mengalami keregangan akibat stretch mark termasuk muka dan leher. Selain diperkaya dengan rosehip, ia juga mengandungi nilai vitamin E yang tinggi dan ekstrak campuran buah-buahan. Urutan minyak yang dilakukan dua ke tiga kali seminggu dapat melancarkan semula aliran darah pada bahagian kulit yang bermasalah.

Lihat komen pengguna mengenainya.


5. Buds Baby Beautiful Blooming Stretch Mark Cream

Krim khusus bagi ibu-ibu yang risau dengan kemunculan parut stretch marks semasa dan selepas bersalin. Ia menyuburkan kembali kulit anda dengan ekstrak minyak tumbuhan yang pelbagai. Antaranya minyak Jojoba, shea butter, dan minyak bunga matahari. Dengan molekul-molekul aktif yang dihasilkan daripada bahan-bahan esktrak tumbuhan semuljadi ini, masalah kulit kembali dirawat dan semakin elastik untuk keselesaan semasa regangan stretch marks berlaku. Satu lagi ekstrak tumbuhan baik yang bertindak sebagai kolagen ialah Chlorella vulgaris dan minyak tamanol. Anda boleh menyapunya di bahagian yang berlaku regangan termasuk di bahagian perut untuk dua kali sehari. Kegatalan kulit akibat regangan juga dapat dikurangkan.

Lihat komen pengguna mengenainya.


6. Biolane Stretch Mark Cream

BIOLANE Tuang Elle Stretch Mark Cream meningkatkan kelembutan kulit untuk mengurangkan kemunculan tanda regangan semasa kehamilan, dan untuk menggalakkan pengurangan tanda regangan baru yang muncul. Mengandungi 97% bahan semulajadi. Dengan minyak argan organik, kaya dengan omega 6, ia menyuburkan dan membantu menguatkan keanjalan kulit untuk meningkatkan ketahanan terhadap peregangan. Dengan Vitamin E, ia menguatkan kesan anti-pengeringan dan anti-radikal. Teksturnya krimnya mampu menembusi lapisan kulit dengan cepat.

Lihat komen pengguna mengenainya.


7. Mustela Stretch Mark Oil

Mustela Stretch Mark Oil dirumus khas untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan selepas bersalin yang mengalami masalah kemunculan tanda stretch marks. Mengandungi bahan-bahan semuljadi. Antaranya Lupeol yang diekstrak dari biji lupin, membantu menahan kulit ketika terjadi regangan. Selain itu, ia diperkaya dengan minyak buah delima, avokado dan bunga rosa moschata. Dengan bahan-bahan semuljadi ini, kulit menjadi lebih anjal dan lembut. Krim ini bersifat ahipoalergi yang tidak berbahaya untuk kulit sensitif. Selamat untuk ibu dan bayi termasuk ketika ibu-ibu sedang menyusukan bayi.

Baca komen pengguna mengenainya.


8. Buds Baby Stretch Mark Prevention Cream

Krim mewah yang memanjakan perut ibu-ibu hamil yang sedang mekar. Regangan yang berlaku dapat ditentang secara perlahan-lahan dengan penggunaan Buds Baby Stretch Mark Prevention Cream. Kombinasi ramuannya terdiri daripada shea butter, jojoba dan minyak zaitun. Selain itu ia diperkaya dengan vitamin E. Krim ini dipatenkan 100% mengandungi bahan organik tumbuhan. Ia daat mengurangkan rasa kegatalan semasa terjadinya regangan pada kulit. Kesan stretch marks serta merta dapat dikurangkan dalam kelembapan kulit yang sentiasa terpelihara.

Baca komen pengguna mengenainya.


9. Elancyl Prevention Pregnancy Stretch Marks Cream

Krim pencegahan dan rawatan stretch mark. Dengan mengekalkan kelembapan sepenuhnya di bahagian sensitif seperti perut dan pinggul, kesan regangan lapisan kulit akibat stretch marks dapat dikurangkan. Ia tidak mengandungi unsur berbahaya seperti paraben. Sesuai untuk penggunaan ketika hamil 6 bulan ke atas ketika tempoh stretch marks muncul secara jelas. Ia diuji secara klinikal kepada pengguna dengan sapuan dua kali sehari iaitu siang dan malam. Dalam masa dua bulan, kesan stretch marks dapat dihilangkan atau dikurangkan dengan berkesan.

Baca komen pengguna mengenainya.


10. Sesderma ESTRYSES Anti-Stretch Mark Cream

Krim rawatan anti stretch mark yang menembus jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyebaran bahan aktif yang bermanfaat untuk kulit. Ia menjadikan kulit lebih anjal dan fleksibel untuk menyediakan keadaan regangan stretch marks yang berlaku ketika hamil. Mengandungi tiga bahan utama seperti Centella Asiatica yang berkesan untuk rawatan kegatalan dan mencegah radang kulit akibat stretch marks. Selain itu ia mengandungi minyak rosehip untuk tujuan kelembapan kulit dan peptida yang berfungsi seperti antibiotik untuk penyembuhan.

Baca komen pengguna mengenainya.

 

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan