HomeMalayPetua Semulajadi Menghilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin

Petua Semulajadi Menghilangkan Stretch Marks Selepas Bersalin

Kebanyakan wanita hamil terpaksa berhadapan dengan satu masalah kecantikan yang sukar dielakkan selepas bersalin iaitu stretch mark. Stretch mark ialah garisan-garisan berkedut seperti parut berwarna yang muncul pada sesetengah bahagian kulit. Stretch mark menyebabkan kerosakan di bahagian dermis kulit. Lapisan dermis ini koyak semasa berlaku regangan kulit yang pantas. Stretch mark sebenarnya bukan hanya terjadi kepada wanita hamil. Wanita yang tidak hamil dan kaum lelaki juga berisiko berhadapan dengan masalah kemunculan garis-garis hodoh ini.

Bagi wanita hamil, tanda regangan ini sering berlaku semasa trimester terakhir. Biasanya tanda ini boleh dilihat di bahagian perut kerana regangan kulit yang berlaku semasa hamil. Selain itu, ia juga kerap muncul di bahagian dada, paha, pinggul, belakang dan punggung.

Walaupun stretch mark tidak membahayakan kesihatan, ia tetap meninggalkan satu kesan yang hodoh jika tidak dihilangkan. Hampir sembilan puluh peratus wanita hamil pasti mengalami masalah kemunculan stretch mark ketika hamil.

Sekiranya masalah stretch mark ini menjadikan anda tidak yakin terutama terhadap pasangan, anda harus berusaha menghilangkannya sebaik sahaja selepas bersalin. Ikuti petua semulajadi bagaimana anda boleh menghilangkan stretch mark selepas bersalin nanti.

1.Lakukan Pengelupasan Sekali Seminggu

Kajian menunjukkan bahawa proses pengelupasan atau pembuangan sel kulit mati boleh berlaku dengan pantas dalam masa 28 hari bagi mereka yang masih muda. Bagi yang agak berusia, biasanya berusia 30 tahun ke atas akan mengambil masa antara 40 sehingga 60 hari. Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Pelbagai bahan semulajadi anda boleh gunakan untuk pengelupasan kulit. Salah satunya ialah garam dalam bentuk skrub. Terdapat pelbagai pilihan skrub yang anda boleh beli secara mudah di pasaran. Bagi yang rajin, anda boleh menggunakan bahan-bahan dan membuatnya sendiri di rumah. Bahan-bahan semulajadi lain yang sesuai untuk pengelupasan kulit ialah beras. Baking soda, buah-buahan sitrus seperti lemon dan cuka epal. Pilih bahan-bahan yang tidak menyebabkan iritasi, kekeringan dan jangkitan pada kulit.

Waktu pagi adalah rutin terbaik untuk anda memulakan sesi pengelupasan kulit. Lakukan sekali seminggu proses pengelupasan kulit mati di bahagian yang menunjukkan kesan stretch mark yang jelas. Anda boleh menggunakan bersama dengan batu apung yang menggosok di bahagian parut tersebut.

2. Telur Putih

Telur adalah sumber protein. Sapuan telur putih di bahagian kulit bermasalah boleh memperbaiki semula struktur kulit. Ia boleh membuatkan kulit menjadi lebih tegang, lembut dan kelihatan awet muda. Ratakan kulit yang terkesan dengan stretch mark dengan telur putih yang telah dipukul. Sebaiknya lakukan ia pada waktu malam sebelum tidur. Biarkan ia kering untuk semalaman semasa anda tidur. Ia bertindak seperti masker yang meregangkan semula kulit, memperbaiki strukturnya menjadi lebih lembut.

3. Batu Apung

Batu apung atau disebut juga sebagai batu pumis merupakan sebahagian daripada batu yang terhasil daripada batu gunung berapi yang mengalami pemanasan pada suhu dan tekanan tinggi secara semulajadi. Anda boleh membelinya secara mudah di pasaran. Ia seringkali digunakan untuk tujuan kecantikan dan rawatan penyingkiran kulit mati.

Dalam rawatan stretch mark, anda boleh ikuti beberapa langkah mudah. Mandi dengan air panas yang dibancuh dengan sedikit garam. Campur dengan sedikit air sejuk supaya air tidak terlalu panas untuk mandi. Biarkan seketika sehingga kulit menjadi kecut sedikit. Kemudian, ambil batu apung dan gosokkan secara menyental di bahagian kesan parut stretch mark.

Lakukan kaedah ini sekurang-kurangnya sekali seminggu. Semakin kerap anda melakukannya, semakin cepat kesan stretch mark dapat dihilangkan.

4. Minyak

Bukan semua jenis minyak anda boleh gunakan untuk menghilangkan kesan stretch mark. Anda boleh gunakan beberapa jenis pilihan minyak tumbuhan. Antaranya minyak zaitun, minyak kacang badam atau almond,minyak jojoba, minyak kelapa, minyak avokado, minyak primrose dan minyak rosehip.

Gunakan salah satu daripada minyak yang anda sukai untuk menggosok secara urutan pada bahagian stretch mark. Urutan yang lembut di bahagian seperti perut dan pinggul akan memperbaiki aliran darah dan memecahkan lapisan tisu rosak yang menjadi punca pembentukan stretch mark. Urut atau gosok selama kira-kira dua minit di bahagian yang sama.

Sebaiknya, lakukan langkah ini selepas mandi dengan air suam. Keadaan kulit selepas mandi lebih lembap dan lembut untuk urutan yang berkesan.

5. Minum Air Secukupnya

Air adalah sumber yang penting untuk badan manusia. Tanpa air yang cukup, fungsi organ dalam badan tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan keseimbangan badan akan terjejas. Air juga penting untuk kecantikan kulit. Ia dapat membaiki keadaan kulit menjadi lebih baik apabila badan anda menerima bekalan air yang secukupnya. Mungkin sesetengah anda beranggapan agak klise untuk mencadangkan bahawa air penting untuk tubuh badan manusia.

Namun anda tidak boleh menafikan bahawa air yang cukup dapat membantu mencantikkan luaran dan dalaman kulit. Dengan air, segala toksin dalam badan mampu dibersihkan dan molekul-molekul air yang dibekalkan ke setiap sel kulit akan membaiki keadaan stretch mark. Kesan jangka panjang anda akan mendapati parut stretch mark akan semakin pudar dan menipis.

6. Jus Lemon

Sifat berasid jus lemon membantu menipiskan dan memudarkan parut stretch mark. Anda tidak perlu meminum jus lemon yang masam. Sebaliknya gunakan kapas muka dan hirisan lemon. Gosokkan jus lemon pada bahagian parut stretch mark. Kemudian gosok secara berulangkali di bahagian stretch mark. Gosok pada kekuatan yang agak kuat tetapi jangan terlalu kuat sehingga melukakan kulit.

Anda boleh lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu secara berterusan sehinggalah anda berpuas hati dengan kesan yang dilihat. Jus lemon amat berkesan menanggalkan sel-sel kulit mati, daki dan pelbagai kesan parut termasuk stretch mark.

7. Lidah Buaya

Gel lidah buaya atau aloe vera merupakan agen penyembuhan yang baik untuk kulit yang bermasalah. Caranya dengan mengoles pada bahagian stretch mark dengan gel. Biarkan kira-kira 15 ke 20 minit sehingga ia kering. Kemudian bilaskan ia dengan air bersih. Gel lidah buaya akan mengekalkan kelembapan di bahagian kulit yang bermasalah dan memperbaiki semula ia supaya kembali cantik dan tegang.

8. Senaman Untuk Menurunkan Semula Berat Badan

Berat badan wanita selalunya meningkat secara mendadak sepanjang tempoh kehamilan. Kebanyakan bahagian badan akan mula mengembang. Stretch mark akan terbentuk hasil daripada regangan kulit. Perkara ini dianggap normal bagi ibu hamil. Namun begitu anda perlu berusaha mengembalikan semula berat yang ideal setelah melahirkan bayi anda.

Semakin cepat anda mengambil langkah penurunan semula berat badan dengan melakukan senaman,  semakin mujabrab untuk anda menghilangkan kesan-kesan yang terjadi akibat kehamilan. Keupayaan menghilangkan kesan stretch mark tidak terkecuali. Senaman dapat memperbaiki keadaan kulit menjadi lebih cantik, cerah dan sihat serta memperbaiki semula bahagian kulit yang rosak melalui pengeluaran toksin secara perpeluhan.

9. Diet Yang Seimbang Selepas Bersalin

Mengikuti amalan berpantang selepas bersalin merupakan petua orang Melayu sejak zaman berzaman yang amat mujarab untuk penjagaan wanita selepas bersalin. Tempoh masa 44 hari berpantang bertujuan untuk mengembalikan semula keadaan dalaman badan wanita terutama melibatkan bahagian rahim. Salah satu perkara penting melibatkan amalan pantang ialah pemakanan. Pantang larang jenis makanan yang diikuti sepanjang proses berpantang sebenarnya amat baik.

Mungkin anda tidak setuju dengan amalan berpantang terutama di zaman moden ini. Namun pantang larang yang cukup terjaga sepanjang proses berpantang yang amat menitikberatkan diet yang seimbang amat bermanfaat untuk mengembalikan semula kecantikan dalam dan luaran. Hasil dari gabungan amalan berpantang dalam pemakanan yang disertai dengan senaman dapat mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan anggota dan organ termasuk kulit. Secara tidak langsung, kesan stretch mark mampu diubati dan dihilangkan secara perlahan-lahan hasil daripada penurunan berat badan serta pemulihan semula dalaman dan luaran yang berlaku.

10. Ais Ketul

Akhir sekali anda boleh menggunakan ais ketul. Mungkin anda tertanya-tanya tentang keberkesanannya dalam rawatan stretch mark. Sebenarnya, kesan stretch mark yang terlalu teruk boleh mengakibatkan luka dan jangkitan kuman. Ais yang sejuk mampu membantu mengelakkan iritasi di bahagian luka atau kesan calar dan bengkak pada stretch mark. Anda boleh menggunakan pek ais. Tekap pada bahagian stretch mark sehingga anda rasa selesa. Kesan calar dan bengkak ini dapat dikurangkan secara perlahan-lahan.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan