HomeMalay10 jenama ini buatkan si hijabista lebih ‘Gorgeous’

10 jenama ini buatkan si hijabista lebih ‘Gorgeous’

Gelombang fesyen hijab semakin hari semakin mencuri perhatian bukan sahaja dalam negara bahkan di pentas antarabangsa.  

Kalau ikutkan sekarang ni dah ada macam-macam jenama tudung di pasaran. Jenis tudung pula tak boleh nak cakap, sebab sampai esok pun belum tentu habis. 

Boleh dikatakan sekarang ni trend hijab semakin mendapat perhatian. Ada macam-macam fesyen tudung boleh digayakan. 

Terdapat seramai 8.48 juta wanita Islam daripada 17.3 juta penganut Islam yang meliputi majoriti penduduk di negara ini, mengikut bancian yang dijalankan lima tahun lalu. 

Jumlah itu berkemungkinan meningkat sehingga 10 juta pada tahun ini jika melihat kepada trend pertambahan jumlah penduduk sebanyak 5 juta iaitu 23 juta pada tahun 2000 kepada 28.3 juta pada tahun 2010 mengikut bancian penduduk.

Angka berkenaan jelas menunjukkan potensi pasaran perniagaan untuk wanita Islam amat besar di negara ini terutama dari segi pemakaian tudung.

Jika diukur daripada kecenderungan wanita untuk membeli-belah pula, seramai 3.75 juta berkemungkinan besar akan memenuhi keperluan mereka itu mengikut nisbah umur daripada 15 hingga 49 tahun.

Foto: ohfesyen.com

Ini bermakna, jika mereka membeli sehelai tudung, sebanyak 3.75 juta tudung perlu ada di pasaran sekali gus membuktikan industri perniagaan berkaitan amat besar.

Sekiranya harga sehelai tudung bernilai sekurang-kurangnya RM10, nilai pendapatan dalam industri itu boleh mencecah sehingga RM37.5 juta dalam pasaran negara ini sahaja.

Maka tidak hairanlah ramai usahawan fesyen tudung tumbuh bagaikan cendawan sejak lima tahun kebelakangan ini, apatah lagi golongan wanita bertudung kini semakin obses untuk memakai hijab mengikut fesyen dan trend terkini.

Trend penggayaan fesyen hijab semakin popular apabila ia diviralkan menerusi laman-laman sosial selain kemudahan untuk membeli-belah yang disediakan para peniaga menerusi dalam talian.

Melihat kepada persaingan pasaran itu, ramai pereka fesyen tudung mendaftarkan rekaan tudung mereka untuk menjadikannya sebagai hak eksklusif sehingga memberi impak besar dalam industri fesyen tudung tanah air.

Ia sekali gus membuktikan fesyen bertudung telah mencetuskan senario sekali gus memberi pendapatan berganda kepada para usahawan berkenaan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), sebanyak 115 permohonan dite­rima untuk rekaan tudung di bawah Akta Reka Bentuk Perindustrian sejak tahun 2010 hingga tahun lalu.

Peningkatan tersebut paling ketara berlaku antara tahun 2013 dan 2014 apabila sebanyak 50 peratus permohonan meningkat kepada 46 permohonan berbanding 22 pada tahun 2013.

Statistik itu menjelaskan, walaupun hanya empat rekaan tudung didaftarkan pada tahun 2010, namun ia meningkat sehingga 46 rekaan dalam tempoh lima tahun berikutnya.

Sejarah Hijab Dalam Islam

Kalau kita lihat sekarang, banyak isu yang dapat menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti Islam berhubung dengan isu wanita. Isu nya banyak, tetapi selalu berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tidak mempunyai kebebasan yang diberikan kepada para wanita Islam untuk menjalankan kehidupan mereka.

Rambut telah dikaitkan dengan kecantikan dan kemuliaan wanita dalam menjaga kehormatan seorang wanita. Sebagai seorang wanita kita perlu menitik beratkan bagaimana Islam menjaga kehormatan wanita dengan mewujudkan satu sistem hijab yang merangkumi antara lain garis panduan pakaian menutup aurat dan menjaga pandangan dan batas-batas pergaulan untuk mengatur (bukan menyekat) interaksi antara lelaki dan perempuan dalam masyarakat.

Apa itu hijab/tudung?

Tudung/hijab merupakan sehelai kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan rambut, kepala serta leher dan bahagian bahu sehingga melepasi dada. Tudung atau dalam bahasa Arab dipanggil “hijab” yang merupakan satu identiti yang selalu dikaitkan dengan wanita Islam.

Pemakaian tudung mula diwajibkan dalam Islam dengan turunnya ayat 31 dari surah An-Nur yang memerintahkan muslimah yang sudah didatangi haid agar menutup kepala dengan tudung.

Dalam surah An Nur ayat 31 bermaksud :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka 

Foto: Vulcan Post

Selain Islam, amalan memakai tudung juga ditekankan oleh wanita Yahudi dan Kristian terutama bila mereka beribadah di dalam gereja dan kuil. Dalam tamadun Greek dan Rom pulak, pemakaian tudung kepala hanya dikhaskan untuk wanita bangsawan sebagai simbol status mereka sahaja. Tudung kepala juga menjadi sebahagian daripada pakaian harian dan tradisi pelbagai bangsa seperti wanita Hindu di India, komuniti Amish di Amerika dan wanita di negara Eropah Timur.

Kalau kita dapat lihat, sebenarnya cara pemakaian tudung juga berbeza-beza, ada yg sama macam pemakaian hijab Islam dan ada yang hanya menutup sebahagian rambut sahaja.

Untuk menghasilkan sehelai tudung, pelbagai jenis fabrik yang digunakan seperti renda, sutera dan sebagainya. Pemilihan jenis kain , corak dan warna bergantung kepada banyak faktor seperti cuaca, status individual dan lain-lain.

Selepas terjadinya peristiwa 9/11, Islam mula menjadi perhatian antarabangsa dan tudung juga mendapat tempiasnya. Tudung dikaitkan dengan imej keganasan dan dilihat sebagai salah satu bentuk penindasan terhadap wanita Islam. Untuk sesetengah negara barat seperti Amerika Syarikat dan Perancis, mereka mengharamkan pemakaian tudung kerana berpendapat tudung menindas hak asasi wanita. Tetapi, dalam masa yang sama, tudung mula menerima publisiti daripada pelbagai media disebabkan rasa ingin tahu masyarakat antarabangsa terhadap hijab itu. Tudung bukan lagi lambang kemunduran atau pemaksaan terhadap wanita, tetapi menjadi tanda kebebasan wanita dari segala bentuk perhambaan dan eksploitasi.

Kami senaraikan 10 jenama tudung yang menjadi kegilaan di kalangan hijabi di Malaysia.

1. Naelofar Hijab (617k followers)

Jenama yang diasaskan ikon fesyen dan selebriti popular Neelofa ini cukup menjadi. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Naelofar Hijab berjaya mencetus fenomena dengan rekaan shawl, bawal dan turban sekali gus menjadi trend setter fesyen berhijab di Malaysia.

2. Aidijuma Scarf (518k followers)

Siapa kata tudung bawal untuk budak sekolah sahaja? Aidijuma berjaya membuat transformasi vital dalam rekaan bawal yang terus menjadi kegilaan bukan sahaja di kalangan remaja malah meraih perhatian wanita bekerjaya.

3. Ariani (464k followers)

Ariani yang diilhamkan Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textile Manufacturing Sdn. Bhd. ini antara jenama paling popular.Populariti penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai ikon Ariani sememangnya tepat.

4. Radiusite (436k followers)

Pengaruh model dan selebriti yang menggayakan tudung jenama ini menjadi penyumbang besar kepada peningkatan populariti Radiusite. Pengaruh jenama ini sebagai pelopor terawal trend hijab juga menyumbang kepada kejayaan Radiusite.

5. Sugarscarf (384k followers)

Sugarscarf juga antara pelopor ledakan fesyen shawl di Malaysia. Revolusi tudung sarung kepada shawl dicetuskan Sugarscarf sekali gus mengalih perhatian pengguna tudung sarung kepada shawl.

6. Tudung Ruffle (377k followers)

Masih berpaksikan tudung bawal, signatur Tudung Ruffle yang menaikkan kembali kegemilangan tudung bawal dalam versi moden berjaya mencuri perhatian golongan hijabi.

7. Al Humaira Contemporary (331k followers)

Penangan fesyen tudung buat wanita memang ajaib. Walapun dah berpuluh koleksi tudung yang ada dalam wardrobe, mereka tetap akan membeli tudung baharu.

8. Tudung People (289k followers)

Seperti namanya, tudung untuk semua orang. Keunikan rekaan Tudung People berjaya membuatkan ia antara jenama paling dicari penggemar fesyen hijab.

9. Bawal Exclusive (250k followers)

Bawal Exclusive merupakan jenama tudung paling lama bertahan di pasaran sehingga ke hari ini. Ia juga adalah jenama tudung eksklusif yang cukup gah di negara ini dan sering menjadi pilihan Muslimah bercita rasa tinggi.

10. Duck Scarves (120k followers)

Populariti pengasas Duck Scarf iaitu Vivy Yusof berjaya melonjakkan jenama ini berada sebaris dengan nama-nama popular lain yang lebih dahulu berada di pasaran.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan