HomeBlogTrend Kurikulum Prasekolah: Mana yang Terbaik?

Trend Kurikulum Prasekolah: Mana yang Terbaik?

Pendidikan awal pada hari ini bukan lagi dianggap sebagai pilihan, sebaliknya ia sudah menjadi keperluan kepada kanak-kanak. Setiap ibu bapa tidak kira kaya atau miskin pasti akan menghantar anak mereka ke prasekolah seawal usia tiga tahun hingga enam tahun. Hal ini kerana, ibu bapa sudah menyedari akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak generasi kini. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa kurang mengetahui tentang kurikulum yang ditawarkan di prasekolah.

Tadika awam vs swasta

Sungguhpun ramai yang kata pendidikan awal di prasekolah adalah sebagai batu loncatan untuk kanak-kanak mempelajari asas akademik dan sosial, namun sebenarnya fungsi prasekolah adalah lebih daripada itu. Apabila ibu bapa membuat keputusan untuk menghantar anak ke prasekolah, letakkanlah harapan bahawa anak anda akan mempelajari sesuatu daripada pembelajaran pendidikan awal.

Ada segelintir ibu bapa yang menghantar anak ke prasekolah hanya sekadar mengikut trend, tanpa merujuk tadika atau taska yang terbaik untuk anak mereka. Tambahan pula, lambakan prasekolah awam dan swasta di negara ini menyebabkan ibu bapa memandang remeh mengenai pembelajaran yang ada di prasekolah tersebut.

Bagi ibu bapa yang berpengalaman belajar di prasekolah awam, tentu anda sendiri mengetahui akan proses pembelajaran yang dijalankan di sana. Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang berkemampuan, tentunya menginginkan anak untuk terdedah kepada proses pembelajaran di tadika swasta.

Kurikulum yang ditawarkan

Dalam menentukan tempat ke tadika swasta, perkara penting yang perlu ibu bapa ketahui adalah mengenai kurikulum yang ditawarkan oleh mereka.

Jika dahulu, ibu bapa banyak didedahkan dengan cara pembelajaran yang berkisarkan ABC dan angka, namun proses pembelajaran di tadika swasta pada hari ini adalah berbeza mengikut kurikulum. Justeru itu, ibu bapa perlu membuat pilihan yang bijak dengan mengetahui suasana pembelajaran yang terdapat di tadika pada masa kini.

Kurikulum Tradisional

Kaedah tradisional di prasekolah lebih menjurus kepada akademik. Di sini, kanak-kanak akan diajar tentang cara pengiraan, pembacaan dan penulisan. Tujuannya agar kanak-kanak tidak akan terkejut dengan cara pembelajaran di sekolah rendah.

Guru-guru di sini turut menerapkan pengajaran berstruktur kepada pelajar melalui aktiviti bercerita, seni dan kraf serta rutin bermain. Di sini juga, kanak-kanak perlu mematuhi kurikulum yang disediakan oleh tadika.

Kurikulum Montessori

Berbeza dengan kaedah tradisional, kurikulum Montessori tertumpu kepada keperluan perkembangan penting kanak-kanak. Elemen yang diterapkan ialah kebebasan tanpa batasan dan persekitaran yang lengkap dan teratur yang dapat memastikan kanak-kanak terdedah kepada pengalaman dan material yang diperlukan.

Menyedari akan kepintaran dan kemampuan kanak-kanak berkembang secara fizikal dan psikologi, kaedah pendidikan ini dapat meningkatkan kemahuan semula jadi kanak-kanak untuk belajar dan mengembangkan keupayaan mereka dalam persekitaran yang sempurna.

Di sini juga, kanak-kanak dilayan sama seperti orang dewasa, di mana mereka diberikan hak untuk memilih aktiviti yang ingin mereka pelajari seperti membaca, menulis, mengira dan menambah. Selain itu, kanak-kanak turut didedahkan dengan kehidupan realiti sebagai salah satu proses pembelajaran mereka seperti diajar cara membutangkan baju, mengikat tali kasut, membasuh pinggan dan meletakkan baju kotor.

Guru-guru yang mengajar di sini perlu menduduki dan memiliki diploma Pendidikan Montessori menjadikan kurikulum ini sering menjadi pilihan utama ibu bapa.

Kurikulum Waldorf

Tidak mudah untuk menjumpai kurikulum Waldorf di mana-mana tadika. Hal ini kerana setiap tadika dan guru yang mengajarnya mesti mempunyai kelayakan Waldorf. Di sini, kanak-kanak diajar menjalani rutin kehidupan seperti memasak dan berkebun. Kanak-kanak juga akan diletakkan di dalam satu kelas dan menjalani aktiviti pembelajaran dengan cara pembelajaran kreatif seperti membaca, berlakon dan menyanyi.

Kaedah ini berbeza dengan kurikulum tradisional kerana di sini sistem penggredan dan penggunaan media digunakan dalam kurikulum. Selain itu, alat bantu belajar turut digunakan iaitu komputer dan bahan elektronik bagi menarik minat pelajar.

Menariknya, sistem pembelajaran di sini tidak menggunakan bahan akademik untuk kanak-kanak seperti tiada kerja rumah akan diberikan kepada mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga tidak terdedah kepada suasana pembelajaran sebenar di sekolah rendah iaitu mereka tidak akan diberikan nota, tiada lembaran kerja, ujian mahupun peperiksaan.

Kebanyakan masa mereka banyak diluangkan di luar kelas dan mereka hanya mula akan belajar membaca semasa berada di Gred 1.

Kurikulum Antarabangsa

Lazimnya, kurikulum antarabangsa diterapkan di sekolah antarabangsa yang mempunyai kaedah berbeza dengan pendidikan prasekolah di sini.

Di Malaysia, terdapat pelbagai sekolah antarabangsa seperti kurikulum British, Australia dan Amerika. Kesemua sekolah ini mengamalkan kurikulum yang berbeza untuk prasekolah mahupun sekolah rendah atau menengah.

Bagi ibu bapa yang merancang untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah antarabangsa, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memasukkan anak anda dahulu ke prasekolah antarabangsa yang terdapat di dalam sekolah yang sama. Hal ini kerana pelajar yang ingin memasuki Tahun Satu di sekolah antarabangsa perlu mematuhi prasyarat yang dikenakan.

Jadi, bagaimana? Sudahkah anda membuat pilihan? Apapun kurikulum pilihan anda, buatlah keputusan yang bijak dengan meneliti faktor-faktor lain yang ada di prasekolah tersebut seperti kelayakan serta guru yang berpengalaman dan bermotivasi supaya dapat mendidik anak anda pada tahap penting perkembangannya.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan