HomeBlogStress Penghalang Kehamilan

Stress Penghalang Kehamilan

Bagaimanakah stress boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan?
Apabila seseorang mengalami tekanan terutamanya stress yang tinggi dan berpanjangan, ini akan menyebabkan hormon tertentu dirembeskan ke dalam darah seperti adrenalin, cortisol dan catecholamines. Hormon-hormon tersebut akan mengganggu pengeluaran hormon GnRH (gonadotrophin releasing hormone) yang berfungsi untuk merembes hormon FSH (Follicle Stimulating hormone) dan LH (Luteinising Hormone) yang bertindak ke atas ovari (wanita) dan testis (lelaki) untuk pengeluaran hormon estrogen dan adrogen. Kedua-dua hormon ini penting untuk fungsi sistem reproduktif yang baik. Ketidakseimbangan hormon tersebut boleh menganggu ovulasi dan libido seseorang. Kebanyakan individu yang sentiasa mengalami tekanan tinggi kerap kali keletihan dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat.

Adakah stress menjadi punca masalah kesuburan? Fakta atau mitos?
Kenyataan di atas hanyalah benar ‘to a certain extent’. Benar, stress yang ‘sangat tinggi’ dan berpanjangan boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada sesebuah pasangan. Akan tetapi, kerap kali didapati punca-punca lain seperti saluran peranakan tersumbat atau masalah sperma juga menyumbang kepada masalah kesuburan. Oleh itu, pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil masih perlu berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada lagi punca masalah kesuburan dan tidak hanya menyalahkan stress semata-mata. Usahlah menunggu terlalu lama untuk merujuk kepada doktor khususnya yang arif dalam masalah fertiliti atau kesuburan.

Stress memberikan impak yang berlainan kepada setiap individu. Sesetengah wanita mungkin mendapati kitaran haid mereka menjadi tidak teratur atau kurang nafsu seks. Bagi pasangan yang melalui rawatan IVF tidak dinafikan akan melalui tekanan emosi yang tinggi. Memang agak sukar dan mustahil jika tidak mengalami perasaan stress langsung sepanjang rawatan IVF!

Satu kajian meta-analisis yang telah dilakukan oleh University Cardiff School of Psychology mendapati bahawa wanita yang mengalami stress, runsing atau murung tidak akan memberikan impak kepada kadar kejayaaan IVF mereka. Wanita yang dikatakan mempunyai stress yang tinggi mempunyai peluang yang sama untuk hamil.

Cari penyelesaian yang sesuai bagi mengurangkan stress level anda
Pada pendapat Dr Tasha, amat sukar untuk menilai tahap stress seseorang dan impak ke atas dirinya dan pasangan mereka. Tidak dinafikan stress boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh badan dan emosi seseorang. Akan tetapi, agak sukar atau mustahil untuk menyingkirkan kesemua stress sekali gus di dalam kehidupan seharian kita. Mungkin sekiranya anda terbaring sepanjang hari barulah tidak terasa stress atau sebaliknya akan berlaku.

Oleh itu, pendekatan yang terbaik mungkin adalah dengan menumpukan kepada perkara atau situasi yang membuatkan anda stress dan cari cara terbaik untuk menangani atau mengurangkan stress tersebut. Lain orang lain caranya. Carilah jalan penyelesaian yang dirasakan terbaik untuk diri anda sendiri.

Bagi penganut agama Islam atau lain-lain agama, doa adalah satu cara yang amat baik untuk mengurangkan stress. Walaupun begitu, kita mesti berikhtiar dan mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang dihadapi.


Sumber:
Emotional distress in infertile and failure of assisted reproductive technologies: meta-analysis of prospective psychosocial studies.
J Boivin, E Griffiths, C A Venetis. BMJ (2011); 342:d223

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan