HomeBlogPanduan Menyusukan Bayi di Bulan Ramadan

Panduan Menyusukan Bayi di Bulan Ramadan

Semasa berpuasa, anda tidak boleh makan pada siang hari. Jadi, ramai ibu yang beranggapan bahawa penghasilan susu mereka akan berkurangan. Justeru, ramai yang tidak sanggup mengambil risiko untuk terus menjalani ibadah wajib ini kerana gusar akan pengeluaran susu badan mereka. Ada juga ibu yang beranggapan bahawa badan mereka akan cepat lapar dan lemah jika melakukan amalan berpuasa di samping menyusukan bayi. Ini semua hanyalah stigma masyarakat tentang penyusuan dan berpuasa.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa amalan berpuasa itu tidak memudaratkan si ibu dan juga tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu mahupun bayi. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan sebelum si ibu boleh menjalani ibadah puasa di samping menyusukan bayi.

Bagi para ibu yang berhajat untuk berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak, persiapkan tubuh anda dahulu. Pastikan badan anda sihat dan berupaya untuk berpuasa sebelum ingin menjalankan dua ‘kerja’. Jika badan anda tidak bersedia, tidak mustahil anda akan mengalami masalah dehidrasi, pitam, pening atau loya semasa atau selepas menyusukan bayi di bulan puasa.

Oleh itu, ibu menyusu disarankan untuk memastikan badan terhidrat dengan mengambil air yang secukupnya semasa sahur, berbuka dan sela waktu antara berbuka dan sahur. Ibu perlu mengambil 2 hingga 3 liter air setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi.

Perkara paling penting untuk menjayakan penyusuan di samping berpuasa ialah anda perlu mengambil pemakanan yang sihat. Diet yang sihat dapat membantu anda untuk kekal bertenaga di samping menghasilkan pengeluaran susu seperti biasa sepanjang bulan Ramadan. Rujuk topik Pemakanan bagi mengetahui jenis pemakanan yang patut diambil semasa bulan puasa.

RUKHSAH IBU MENYUSU

Islam adalah agama yang mudah. Terdapat beberapa golongan yang diberikan rukhsah atau kemudahan untuk meninggalkan
puasa di bulan Ramadan, akan tetapi bersyarat: iaitu mereka perlu mengganti puasa atau membayar fidyah. Antara golongan yang dibolehkan meninggalkan puasa ialah wanita yang dalam keadaan haid dan nifas serta wanita hamil atau menyusukan anak.


AWAS!

Kenali tanda-tanda badan anda tidak dapat berpuasa. Jangan paksa diri anda berpuasa jika anda mengalami pening-pening, keletihan melampau, muntah ataupun pitam. Hal ini penting supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada tubuh anda ataupun pengeluaran susu.


PANDUAN BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

  • Tetapkan jadual pemakanan supaya tubuh anda mendapat nutrisi secukupnya untuk menghasilkan susu.
  • Lewatkan makan sahur dengan mengambil pemakanan yang betul. Ibu mungkin akan mengalami kekurangan gula dalam badan, lemah serta loya-loya jika tidak makan makanan yang berkhasiat.
  • Berbuka di awal waktu dengan memulakan makan 3 biji kurma sebagai pembuka selera.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana makanan-makanan ini akan menyerap air dari badan anda.
  • Dapatkan rehat yang mencukupi semasa bulan puasa.
  • Elakkan daripada minum minuman yang mengandungi karbonat, berais dan mengandungi kafein.
  • Susukan bayi pada malam hari dan pam susu secukupnya untuk simpanan hari siang.
  • Ambil suplemen yang dapat membantu tubuh mendapatkan tenaga yang secukupnya sepanjang bulan Ramadan.

SEDIAKAN SIMPANAN SUSU
Sebelum menjelang Ramadan, ibu digalakkan untuk menyediakan simpanan susu sebagai persediaan untuk anda memberikan susu kepada si manja terutamanya semasa awal-awal berpuasa.

Anda juga boleh mencuba untuk berpuasa beberapa hari sebelum Ramadan (iaitu semasa bulan Syaaban) bagi melihat bagaimana dengan penghasilan susu anda semasa tempoh berpuasa. Namun, jangan terus berpuasa sebelum anda mula menyediakan stok susu.

Ibu juga dinasihatkan untuk menyediakan stok susu yang mencukupi semasa bulan Syaaban sebagai persediaan menghadapi Ramadan. Pada bulan puasa juga, ibu digalakkan untuk menggunakan waktu malam atau sela tempoh antara berbuka dan bersahur untuk mengepam susu. Berikan si manja menyusu secara terus (direct breastfeeding) bagi mengekalkan penghasilan susu kerana rangsangan yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan susu badan ibu.

Bagi melancarkan pengeluaran susu semasa mengepam atau menyusukan bayi, pastikan anda dalam keadaan yang tenang dan rileks. Yakinlah bahawa susu badan anda mencukupi untuk si manja biarpun semasa anda sedang berpuasa.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan