HomeBlogMuzik & Minda Kanak-kanak

Muzik & Minda Kanak-kanak

PENGALAMAN MUZIK BAYI DAN KANAK-KANAK
Muzik menjadi sebahagian penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Muzik merangsang minda kanak-kanak dalam membantu perkembangan kognitif dan psikomotor kanak-kanak. Misalnya, melalui dendangan irama lagu seorang ibu untuk anaknya sebelum tidur atau menyampaikan cerita fiksyen di rumah melalui nyanyian membantu perkembangan bahasa anak-anak.

Todd dan Heffernan (1997) membahagikan pengalaman

muzik bayi dan kanak-kanak mengikut peringkat seperti berikut:

JENIS-JENIS LAGU DAN NYANYIAN KANAK-KANAK
Berikut adalah jenis-jenis lagu dan nyanyian kanak-kanak yang dipraktikkan di prasekolah seperti permainan jari, lagu permainan, lagu beraksi, lagu rakyat, dan lagu nasihat.

Permainan jari
• Permainan jari fokus pada pergerakan jari dan diiringi dengan nyanyian
• Contoh lagu: Labah-labah dan Apa Khabar Jari

Lagu permainan
• Kanak-kanak suka bermain sambil menyanyi lagu. Mereka lebih mengingati lagu dengan melakukan aksi
• Contoh lagu: Enjit-enjit Semut dan Nenek Si Bongkok Tiga

Lagu beraksi
• Lagu beraksi adalah lagu yang diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan
• Contoh lagu: Tanya Sama Pokok dan Pak Mamat

Lagu rakyat
• Lagu rakyat wujud dalam masyarakat dari sejak awal lagi. Kadangkala lagu-lagu ini tidak diketahui pencipta dan sumbernya
• Contoh lagu: Anak Itik Tok Wee dan Anak

Lagu nasihat
• Lagu nasihat mempunyai unsur-unsur peringatan dan pedoman yang boleh dijadikan panduan hidup kanak-kanak
• Contoh lagu: Bangun Pagi dan Rajin Adik Rajin


KEPENTINGAN MUZIK KEPADA KANAK-KANAK

Merangsang minda kanak-kanak
Kemahiran muzikal dapat meningkatkan minda kanak-kanak menjadikan mereka lebih fokus, berimaginasi dan meningkatkan kreativiti. Muzik bukan sahaja membantu kanak-kanak dari segi koordinasi motor tetapi membentuk pemikiran di luar kotak.

Muzik, lagu dan nyanyian meningkatkan kreativiti kanak-kanak
Aktiviti muzik, lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi fokus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti muzik memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mood.

Membina keyakinan diri dan sosial kanak-kanak
Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membina keyakinan diri. Kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti persembahan dan muzikal membantu mereka membina keyakinan berada di hadapan umum dan juga membina hubungan sosial dengan rakan sebaya.

BAGAIMANA MENERAPKAN MUZIK KEPADA KANAK-KANAK?

Aktiviti muzik adalah asas dalam kurikulum pendidikan awal di Taska dan Tadika hari ini. Sumbangan dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran awal tidak dapat dinafikan lagi, malah aktiviti muzik menjadi ukuran kepada kualiti sesebuah program di Taska atau di Tadika.

Membimbing kanak-kanak
Kanak-kanak perlu dibimbing menyanyi lagu dengan iringan muzik, menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Konsep muzik seperti pic, irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak.


PENDEKATAN KONSTRUKTIVIS
Bagaimana pendekatan konstruktivis membimbing kanak-kanak belajar menggunakan muzik secara mudah berdasarkan pengalaman mereka. Pendekatan ini boleh diaplikasikan dengan menggunakan empat cara:

  1. Menekankan kelainan dengan melatih kanak-kanak membezakan maklumat yang diterima.
  2. Menyusun maklumat supaya lebih mudah diterima oleh kanak-kanak.
  3. Menyampaikan maklumat secara berkesan dalam pengajaran.
  4. Memberi pujian atau ganjaran dan galakan kepada kanak-kanak untuk berjaya.

Berdasarkan pendekatan ini, ibu bapa dan guru-guru boleh mengaplikasikannya dalam meningkatkan kemahiran muzik kanak-kanak. Mengikut Bruner, tiga prinsip dalam pendekatan konstruktivis dalam mengajar kanak-kanak iaitu: pertama, pengajaran perlu berdasarkan kesediaan dan pengalaman kanak-kanak serta mengikut konteks kesanggupan kanak-kanak untuk belajar. Kedua, mengorganisasi pengajaran supaya mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh kanak-kanak dengan mudah. Ketiga, pengajaran perlu melangkaui maklumat yang dibekalkan oleh guru dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu. Ketiga-tiga prinsip ini perlu diterapkan oleh guru di dalam kelas.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan