HomeBlogKeperluan Nutrisi untuk Kanak-kanak yang Sedang Membesar

Keperluan Nutrisi untuk Kanak-kanak yang Sedang Membesar

Dua hingga tiga tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak adalah tempoh paling penting untuk perkembangan fizikal dan mental yang normal.

Pemberian makanan yang optimum kepada bayi dan anak kecil amat perlu dititikberatkan bagi menjamin kesihatan, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Bersama Dr Kenneth Looi Chia Chuin, Konsultan Pediatrik dari Hospital Columbia Asia-Cheras berkongsi tentang keperluan nutrisi bagi bayi dan kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) menyarankan supaya bayi diberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan pertama dalam kehidupan mereka dan mula memperkenalkan makanan pelengkap ketika usia enam bulan (WHO,1989). Susu ibu mengandungi kesemua nutrien (seperti lemak, karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan air) yang diperlukan oleh bayi baru lahir hingga usia enam bulan, melainkan jika si ibu sendiri mengalami masalah kekurangan sesetengah vitamin atau mineral seperti zat besi.

Bermula usia enam bulan pula, bayi memerlukan tenaga dan nutrien lebih daripada yang disediakan oleh susu ibu. Jadi, pemberian makanan pelengkap perlu bermula ketika ini. Walau bagaimanapun, pemberian susu ibu masih boleh diteruskan namun perlulah ditambah dengan makanan separa pejal. Tenaga yang diperlukan sebagai tambahan kepada susu ibu ialah kira-kira 200 kcal sehari oleh bayi yang berusia 6-8 bulan, 300 kcal sehari untuk bayi yang berusia 9-11 bulan, dan 550 kcal sehari untuk kanak-kanak berusia 2-23 bulan. Bayi berusia 6-8 bulan yang menyusu susu ibu memerlukan 2-3 hidangan sehari, dan bayi yang berusia 9-23 bulan yang masih menyusu susu ibu memerlukan 3-4 hidangan sehari.

Pada usia enam bulan, bayi boleh makan makanan puri, makanan separa pejal atau lecek. Di usia lapan bulan, bayi sudah boleh makan makanan kudapan atau finger food. Dan di usia 12 bulan pula, kebanyakan anak kecil sudah boleh makan makanan yang sama dimakan oleh seisi keluarga. Ibu bapa disarankan untuk mula memberikan anak makanan yang kaya dengan zat besi dan seterusnya memberi mereka makan dua kali atau lebih makanan sehari. Sumber zat besi boleh dibahagikan kepada dua; zat besi heme dan bukan heme. Sumber zat besi heme boleh didapati pada daging, ayam, ayam belanda dan ikan. Sementara zat besi bukan heme termasuklah kekacang, kacang dal, kacang kuda, tauhu, telur dan bijirin.

Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap hari juga dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan heme.

Bahagian makanan ‘5532-sehari’ adalah contoh saranan keperluan makanan untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga empat tahun. Setiap hari, kanak-kanak ini memerlukan tiga hidangan dan snek yang diambil daripada empat kumpulan makanan utama, dalam saiz bahagian dan keseimbangan yang tepat untuk mereka:

  • Makanan berkanji x 5-sehari
  • Buah-buahan & sayur-sayuran x 5-sehari
  • Makanan tenusu x 3-sehari
  • Makanan protein x 2-sehari

Makanan berkanji seperti roti, nasi, pasta, bijirin, ubi kentang dan keladi, memberikan kanak-kanak tenaga, vitamin B, kalsium dan serat.

Contoh bahagian makanan berkanji ialah:

  • ½-1 keping roti
  • 1-2 bijirin atau oat
  • 3-5 sudu besar bijirin sarapan pagi
  • 1-3 sudu besar kentang lenyek
  • 2-4 sudu besar nasi/ pasta
  • 2-4 hirisan ubi kentang
  • ½-1 scone
  • ½-1 capati

Kanak-kanak juga perlu makan sekurang-kurangnya lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

Contoh bahagian makanan buah dan sayur yang perlu diambil termasuklah:

  • ½-2 sudu besar kismis
  • ¼-1 pisang
  • 3-8 anggur
  • ½-2 sudu besar kacang pis
  • ½-2 sudu besar brokoli
  • ¼-½ epal sederhana besar
  • 1-3 tomato ceri
  • 2-6 sayur-sayuran

Makanan tenusu, seperti keju, yogurt dan susu adalah sumber baik untuk kalsium, protein, lemak dan vitamin B2 serta B12. Kanak-kanak memerlukan tiga hidangan makanan tenusu setiap hari.

Contoh bahagian makanan tenusu termasuklah:

  • 1 gelas susu (100ml)
  • 1 mangkuk yogurt (125ml)
  • 1 keping segitiga keju
  • 2-4 sudu besar puding
  • 1-3 sudu besar sos keju
  • 2 tiub kecil yogurt

Makanan protein termasuklah daging, ikan, telur, kacang, kekacang (seperti kacang dal dan kacang kuda) dan makanan yang diperbuat daripada kekacang (seperti tauhu dan kacang soya). Makanan-makanan ini menyediakan protein dan zat besi yang amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Bukan itu sahaja, minyak ikan (seperti salmon, ikan trout, makerel dan ikan tuna segar) adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan sumber vitamin D. Kanak-kanak memerlukan dua bahagian protein makanan sehari, dan tiga bahagian protein jika mereka pengamal vegetarian atau vegan.

Contoh bahagian makanan protein termasuklah:

  • 2-3 sudu besar kacang kuda, kacang buncis, kacang dal, lentil atau kekacang
  • 2-4 sudu besar daging cincang
  • 1-2 jejari ikan
  • 2-3 sudu besar kacang panggang
  • ½-1 telur rebus atau goreng
  • Roti yang berinti mentega kacang

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan