HomeBlogJauh dari Rumah

Jauh dari Rumah

Suatu ketika dahulu, sekolah asrama sering menjadi pilihan di kalangan keluarga kelas atasan dan ibu bapa yang selalu sibuk, lazimnya mereka ini tergolong dari kalangan berharta. Bagaimanapun, stigma bagi mereka yang tinggal di sekolah berasrama kerajaan ialah hanya mereka yang pandai sahaja layak memasuki asrama. Fenomena tinggal di asrama kini semakin meningkat memandangkan banyak sekolah yang muncul menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajarnya. Ketahui peningkatan populariti sekolah asrama di kalangan masyarakat kini.

Asrama untuk mereka yang pandai?

Pandangan masyarakat dahulu, jika ibu bapa menghantar anak-anak ke asrama ialah ‘banyaknya duit dia hantar anak ke asrama, atau ‘anak dia pandai sebab itulah dia hantar ke asrama’. Dua pandangan ini adalah pendapat masyarakat jika pelajar itu duduk di asrama.

Selain itu, ada juga yang beranggapan asrama sebagai penyelamat buat ibu bapa yang berkerjaya supaya anak-anak boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan ibu bapa pula boleh menumpukan perhatian terhadap kerja.

Biarpun ada segelintir ibu bapa yang menggunakan alasan itu untuk memasukkan anak-anak ke asrama, namun kini banyak alasan lain yang menyebabkan asrama menjadi pilihan ibu bapa.

Tidak dapat dinafikan persepsi orang ramai terhadap pelajar yang duduk asrama adalah disebabkan prestij, terutamanya bagi asrama-asrama terkenal yang telah ditubuhkan lama dahulu. Begitu juga pada masa kini, ibu bapa mula membuka mata melihat keberkesanan pembelajaran anak-anak apabila dihantar ke asrama.

Pengalaman menyeluruh

Asrama sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar yang bijak. Mana tidaknya, sudah menjadi budaya pelajar asrama untuk mengikuti jadual yang disediakan oleh pihak asrama seperti waktu makan, waktu bersukan dan waktu prep. Justeru itu, anak-anak sering disogokkan bahawa belajar di asrama akan membuatkan mereka belajar dengan tekun tanpa terdedah kepada pengaruh televisyen dan keluar melepak dengan rakan-rakan. Malah, mereka juga sering ditakutkan untuk mendapat keputusan cemerlang supaya tidak memalukan ibu bapa.

Akademik, kokurikulum seiring

Secara umumnya, pelajar-pelajar di sekolah berasrama diajar untuk menyeimbangkan aspek akademik dan kokurikulum mereka dengan menyertai pertandingan-pertandingan akademik, unit beruniform atau persatuan. Hal ini menyebabkan para pelajar asrama dipandang tinggi kerana mampu bergiat dalam dua bidang sekaligus.

Berdikari

Pelajar asrama juga diajar berdikari dengan membasuh baju sendiri, bijak menguruskan masa dan boleh bangun pagi untuk ke sekolah. Kesemua ini mereka lakukan tanpa perlu mendapat bantuan daripada ibu bapa.

Selain itu, pelajar asrama juga perlu mematuhi disiplin yang ditetapkan oleh pihak asrama seperti mematuhi waktu prep dan waktu makan. Setiap pelajar juga diterapkan nilai-nilai murni di asrama seperti semangat berkerjasama, berkongsi, bergotong-royong dan banyak lagi yang mampu dipupuk jika seseorang itu berada di asrama.

Pengalaman-pengalaman ini membuatkan pelajar asrama memenuhi nilai-nilai murni yang diperlukan bagi bergelar pemimpin masa depan.

Pilihan asrama

Sekolah berasrama di Malaysia kini menawarkan tiga jenis pilihan untuk para pelajar. Bagi sekolah berasrama penuh, pelajar dikehendaki tinggal di asrama sepenuh masa termasuk hari minggu dan perlu mematuhi jadual-jadual yang dibuat oleh asrama. Bagaimanapun, ada juga sekolah yang menawarkan asrama dari Isnin hingga Jumaat sahaja, dan ada juga sekolah yang menawarkan asrama mengikut permintaan pelajar seperti satu atau dua malam tinggal di asrama, dan akan pulang ke rumah mengikut kehendak mereka.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan