HomeBlogDidik Anak Cintai Alam

Didik Anak Cintai Alam

Pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ memberi maksud bahawa anak-anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikap mereka untuk menjaga alam sekitar serta mempunyai rasa tanggungjawab supaya menjadi amalan yang boleh dibawa sehinggalah mereka dewasa kelak.

Selagi kita mengamalkan sikap ‘acuh tak acuh’ dalam menjaga kebersihan, maka kesannya pasti kita sendiri yang akan menerima padah. Buktinya hari ini, perubahan cuaca yang tidak menentu, penipisan lapisan ozon, kesan rumah hijau, banjir kilat, pencemaran udara dan air bertoksid, pencemaran bauksit dan El-nino adalah antara kesan buruk yang terpaksa ditanggung oleh kita dek kerana kealpaan dalam menjaga alam sekitar.

Kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO), majlis perbandaran, dan komuniti setempat di seluruh negara telah sekian lama melaksanakan pelbagai inisiatif dalam penjagaan alam sekitar. Kempen kitar semula di media massa, pembinaan pusat-pusat kitar semula bahan buangan, majlis gotong royong, penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebagainya adalah antara usaha yang giat dilaksanakan oleh pihak-pihak berkaitan. Namun, jika segala usaha ini tidak disambut baik, maka tiada kesan positif berlaku dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat kos tinggi dalam usaha membasmi masalah ini.

Jika kita susuri secara mendalam, ibu bapa berperanan sebagai guru pertama dalam mendidik anak-anak untuk menyahut kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu kerana pada zaman ini, masyarakat terlalu memandang mudah aspek penjagaan alam sekitar. Natijahnya, generasi akan datang tidak dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang telah dikurniakan.


Antara usaha-usaha dalam penjagaan alam sekitar yang boleh diterapkan kepada anak-anak di rumah adalah :

1) Mengasuh anak-anak menggunakan sumber alam secara berhemah terutamanya dalam pengunaan air dan elektrik. Sebagai contoh, air mandian dan basuhan di dapur boleh dikitar semula untuk menyiram tanaman atau membersihkan longkang.

2) Menggalakkan anak-anak membuang sampah di tempat yang betul. Didik mereka menggunakan tong sampah yang berbeza dan pengasingan jenis-jenis sampah seperti sampah yang boleh dikitar dan sampah yang tidak boleh dikitar semula seperti botol plastik, kaca, kertas dan sebagainya.

3) Mengajar anak untuk mengumpul bahan buangan seperti tin aluminium, dan surat khabar lama, seterusnya dibawa ke pusat kitaran semula yang memberikan bayaran atas inisiatif mereka itu. Secara tidak langsung, anak-anak akan berminat untuk mengumpul bahan buangan dan terpakai kerana mereka akan mendapat hasil dari titik peluh dan amalan murni yang mereka lakukan.

4) Maklumkan kepada anak-anak bahawa sisa-sisa makanan harian tertentu boleh dikitar semula untuk dijadikan ‘baja kompos’ yang boleh digunakan sebagai agen penyuburan tanaman bunga atau sayur. Dengan cara ini, anak-anak turut dididik melalui konsep ‘berbakti pada tanah’, mereka akan memperoleh hasil pulangan yang berbaloi selain hasil bunga dan sayur yang subur.

5) Majalah atau surat khabar lama boleh digunakan semula dengan cara mengumpulkan artikel-artikel tertentu untuk dijadikan buku skrap atau keratan akhbar tentang apa sahaja topik yang mereka minati. Ini akan membantu menjana pemikiran kanak-kanak yang matang melalui pembacaan yang luas. Jika anda kreatif, boleh juga menghasilkan barangan kraf seperti bakul dan kotak daripada majalah lama ini.

6) Pakaian atau apa saja barangan milik peribadi yang masih elok dan boleh digunakan boleh didermakan kepada badan-badan sukarelawan atau badan kebajikan. Pembaziran tidak akan berlaku malah secara tidak langsung ibu bapa telah mendidik anak konsep ‘sadaqah’ kepada insan yang lebih memerlukan.

7) Bawa beg atau bakul ke pasaraya setiap kali ingin membeli belah. Anda akan dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan alam sekitar akan selamat daripada pencemaran.

 

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan