HomeBlog4 Posisi Penyusuan Untuk Hindari Bayi Dari Tersedak Susu

4 Posisi Penyusuan Untuk Hindari Bayi Dari Tersedak Susu

4 Posisi Penyusuan Untuk Hindari Bayi Dari Tersedak Susu

Begitu banyak pengetahuan am serta tips-tips yang para ibu bapa perlu tahu apabila menjadi ibu bapa baru. Bayi amat memerlukan pemerhatian yang berterusan dan perlu sering dipantau bagi mengelak sebarang kemalangan kecil daripada berlaku. Disebabkan itulah ianya penting untuk melengkapkan diri serta pasangan sebelum menerima kehadiran ahli keluarga baru. Perbanyakkan membaca buku berkaitan keibubapaan, menghadiri kelas-kelas dan meminta nasihat daripada kawan-kawan, ibu bapa serta pakar.

Penyusuan adalah satu proses yang tidak boleh diambil mudah sama sekali. Dari segi posisi, teknik penyusuan, tempoh penyusuan semuanya perlu diambil kira agar perut bayi tidak kembung dek angin dan sebagainya. Terdapat bermacam sebab mengapa bayi boleh tersedak susu dan sebagai contoh, bayi tertidur semasa sedang menyusu. Susu akan terus mengalir daripada badan ibu dan mengakibatkan mereka tersedak kerana susu mengalir ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Bukan itu sahaja, injap paru-paru bayi yang masih kecil juga boleh mengakibatkan bayi tersedak susu.

Ibu bapa amatlah dilarang sama sekali untuk meninggalkan bayi minum susu berseorangan dengan menyokong botol susu menggunakan bantal. Ini adalah satu sikap yang amat merbahaya dan meningkatkan risiko bayi tersedak susu. Posisi ibu sewaktu penyusuan juga memainkan peranan penting.

4 Posisi Penyusuan Untuk Hindari Bayi Dari Tersedak Susu:

1. Posisi football hold

Posisi ini adalah dimana anda memegang bayi dengan badannya ditampung oleh bantal lembut. Letakkan kepalanya dekat dengan payudara dan kakinya di bawah lengan anda. Pastikan bayi dan anda selesa sewaktu penyusuan.

2. Posisi berbaring

Untuk posisi ini, anda dan bayi akan sama-sama baring menghadap masing-masing. Pastikan kedudukan bayi selari dengan anda. Dekatkan mukanya ke arah payudara anda dengan selesa. Sebelah tangan anda menampung badan bayi agar tetap selari untuk mengelak mereka tersedak susu.

3. Posisi bersandar

Posisi ini memerlukan anda untuk bersandar dalam keadaan yang selesa dan tidak terlalu kebelakang. Letakkan bayi anda menghadap ke arah badan anda. Gunakan paha anda untuk menampung badan bayi dengan selesa. Bayi akan berada dalam posisi meniarap sewaktu penyusuan berlaku.

4. Posisi duduk

Ini adalah posisi yang sering kali digunakan dikalangan para ibu. Posisi yang paling mudah dan selesa buat bayi serta ibu. Untuk posisi ini, anda perlu memangku bayi menggunakan sebelah lengan dan dekatkan ke arah badan anda. Sebelah tangan lagi memegang payu dara dalam bentuk “C” untuk membantu bayi menyusu dengan selesa.

Tips-tips penyusuan yang betul:

Ketika penyusuan, samada menggunakan botol susu mahupun susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu haruslah dipegang dalam kedudukan tidak melebihi 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkannya lemas. Lubang botol susu perlu dipastikan agar tidak terlalu besar bagi mengelak aliran susu yang laju dan seterusnya membuatkan mereka tersedak. Bukan itu sahaja, malah lubang botol susu yang besar boleh menyebabkan angin masuk ke dalam perut bayi.

Untuk penyusuan badan, ibu perlu memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai. Sebaliknya, pangku bayi menggunakan posisi penyusuan yang betul. Amat penting untuk ibu memastikan bayi snedawa selepas selesai sesi penyusuan bagi mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Posisi penyusuan secara meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana ia boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut. Jika aliran susu terlalu laju, anda boleh mengurangkannya dengan menekan payudara dalam bentuk “c” bagi mengurnagkan pancutan dan seterusnya mengelakkan bayi tersedak. Elakkan daripada menekan perut bayi. Pastikan juga bayi memakai baju yang longgar dan jika bayi anda memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya.

Habiskan penyusuan di satu payudara terlebih dahulu dan tunggu sehingga bayi melepaskan puting secara sendiri. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah dengan terlalu cepat atau kerap terutama sekali sewaktu bayi masih aktif menyusu. Hal ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah. Digalakkan agar ibu memerah susu terlebih dahulu kerana susu yang awal-awal mengandungi nisbah laktposa yang tinggi berbanding lemak. Susu yang terakhir adalah lebih berlemak dan nisbah laktosanya lebih kecil. Susu yang mengandungi laktosa yang tinggi menyebabkan proses penapaian laktosa dan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung perut.

Cara merawat bayi yang tersedak susu

Jangan panik, tenangkan diri jika anak anda tersedak susu. Anda boleh cuba langkah-langkah seperti di bawah untuk merawat bayi yang tersedak susu:

1. Tiarapkan bayi dengan segera dan tepuk belakang badan bayi beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan lain yang menyekat saluran pernafasan mereka keluar.

2. Sekiranya susu masih tidak keluar selepas ditepuk, posisikan bayi dalam keadan duduk menghadap kehadapan dan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan. Picit dan tekan bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Diharapkan panduan dan tips-tips yang diberikan bermanfaat dan dapat membantu anda menempuhi alam keibubapaan dengan jayanya. Untuk membaca lebih lanjut artikel berkaitan keibubapaan, anda boleh ke laman web 100Comments.

Leave a comment

İstanbul escort mersin escort kocaeli escort sakarya escort antalya Escort adana Escort escort bayan escort mersin

elazığ Escort escort ankara escort bayan izmir escort adana escort antalya escort bursa konya escort bayan hatay escort bayan