Masalah yang sering kali menimpa pada bayi adalah kembung perut dan ianya menyebabkan mereka berasa tidak selesa dan meragam. Anda sudah cuba berikan mereka susu dan bermacam cara lagi tetapi ianya tidak berjaya. Kembung perut adalah perkara biasa yang melanda bayi yang meminum susu menggunakan botol. Ini kerana mereka turut menelan angin yang terperangkap dalam perut. Oleh itu, ianya amat penting untuk mengoleskan minyak atau balm pada perut mereka untuk meredakan kembung perut.
Hal ini boleh membantu agar si manja tidur lena tanpa sebarang gangguan. Jika anda tercar-cari minyak yang terbaik buat si mana, ini ada senarai 10 minyak khas untuk melegakan kembung perut bayi:
Table of Contents
Vicks VapoRub
VapoRub keluaran Vicks ini ternyata salah satu balsem yang sering digunapakai sejak dahulu kala. Ianya memberi sensasi dingin kepada pemakai dan membantu mengurangkan selsema untuk memastikan pemakai selesa bernafas seperti biasa tanpa hidung tersumbat. Amat bersesuaian buat si kecil yang mempunyai masalah untuk tidur malam oleh kerana selsema yang tidak henti. Untuk hasil yang lebih baik, anda boleh sapukan balsem ini pada bahagian dada serta tengkuk. Oleskan dalam kuantiti yang sedikit sahaja kerana sensasi dingin itu mungkin terlalu kuat buat kanak-kanak. Balsem ini juga boleh digunakan untuk melegakan kesakitan seperti sakit sendi untuk seketika. Untuk lebih maklumat mengenai Vicks VapoRub ini, anda boleh baca maklumbalas daripada pengguna lain di sini.
Tropika Baby Herbal Cream
Satu ubat yang dihasilkan menggunakan bahan semulajadi khas buat bayi. Baby Herbal Cream ini mengandungi kandungan semulajadi yang penting untuk membantu mengeluarkan gas yang terperangkap dalam badan agar si bayi dapat tidur lena. Sebahagian bahan yang terkandung dalam krim ini ialah minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia serta herba-herba tropika. Ianay berkesan dalam membantu mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pernafasan dan juga mengurangkan dengkur. Gunakan krim ini untuk menghilangkan batuk berkahak, sakit perut, angin dan juga untuk membantu si bayi sedawa selepas menyusu. Ketahui lebih lanjut mengenai Tropika Baby Herbal Cream di sini.
BabyOrganix Nature’s First Aid Cream
Satu masalah yang paling sukar untuk ditangani apabila mempunyai anak kecil ialah apabila si kecil meragam kerana tidak selesa. BabyOrganix Nature’s First Aid Cream dihasilkan untuk membantu para ibubapa dalam menangani masalah yang berkaitan dengan kulit seperti luka kecil dan sebagainya. Produk ini menggunakan bahan yang mudah dan semulajadi serta berkualiti tinggi dalam memastikan ianya mesra alam serta krim antiseptik yang organik. Anda boleh gunakan krim ini untuk membasmi kuman pada luka di badan anak anda. Ianya terbukti berkesan dan selamat untuk digunakan. Klik untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai BabyOrganix Nature’s First Aid Cream.
BabyOrganix Rub Rub Balm
BabyOrganix Rub Rub Balm mengandungi formula yang berkesan untuk meningkatkan proses penyembuhan. Ianya memberi sensasi yang dingin serta ‘minty’ pada kulit agar pemakai berasa tenang dan nyaman ketika mengalami demam atau batuk. Ianya amat mudah untuk digunakan dengan hanya perlu mengurut balsem ini pada bahagian dada, belakang tubuh badan sehinggalah anda berasa selesa. Bayi amat mudah untuk terkena sakit perut kerana angin yang terperangkap dalam badan, oleh itu, anda boleh urutkan sedikit balsme ini pada bahagian perut si kecil agar mereka berasa selesa. Klik untuk membaca pendapat serta komen pengguna lain mengenai produk BabyOrganix Rub Rub Balm ini.
Buds Calming Tummy Rub Cream
Kurangkan rasa ketidakselesaan perut bayi dengan menggunakan Calming Tummy Rub Cream ini. Ianya mengandungi bahan-bahan yang dipilih dengan berhati untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Krim ini terkandung campuran peppermint organik, halia, serta herba Fennel untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan pada perut. Minyak pati lavender juga turut dicampur untuk membantu seimbangkan mood si manja. Bukan itu shaja, aloe vera juga turut dicampur untuk melembutkan kulit serta ekstrak Portulaca yang membantu menyihatkan kulit. Produk ini mesra pada kulit si manja yang lembut. Klik untuk ketahui lebih lanjut mengenai Buds Calming Tummy Rub Cream.
Cap Limau Yu Yee Oil
Siapa yang tidak kenal dengan minyak Yu Yee ini? Ianya digunakan sejak turun temurun pada bayi yang baru lahir untuk membantu mengeluarkan angin dalam badan. Minyak herba ini mempunyai bau manis peppermint yang menyegarkan. Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan angin dalam badan serta perut kembung. Dengan menggunakan minyak Yu Yee, ianya efektif dalam mengurangkan kembung perut, malah ianya membantu mengurnagkan sakit sendi untuk semua peringkat umur. Ramai ibubapa menyukai bau minyak ini yang tidak terlampau dingin dan nyaman. Boleh digunapakai oleh semua peringkat umur untuk mengurangkan sakit sendi. Ketahui lebih lanjut mengenai Minyak Cap Yu Yee di sini.
Lucas Papaw Ointment
Bahan-bahan berkualiti tinggi yang dipilih dengan berhati-hati untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi ini. Produk ini mengandungi buah-buahan yang ditapai untuk dijadikan sebagai minyak. Minyak Lucas Papaw merupakan satu krim ubat yang sesuai digunakan untuk mengurangkan kesan terbakar yang tidak serius, selaran matahari, ruam, luka kecil serta luka yang terbuka. Anda boleh gunakan krim ini untuk menghilangkan kesan ruam oleh kerana pemakaian lampin. Lihat apa kata pengguna lain mengenai produk Minyak Lucas Papaw ini.
Eagle Brand Telon Oil
Anda pasti jatuh cinta dengan bau Minyak Telon Cap Lang ini. Ianya memberikan sensasi panas yang bersesuaian dengan bayi. Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi agar si kecil kekal sihat dan berasa selesa sepanjang masa. Minyak ini berwarna hijau jernih untuk memastikan badan si manja kekal panas, mengurnagkan kembung perut, demam serta menghalang gigitan nyamuk. Bukan itu sahaja, para ibu boleh gunakan minyak ini sebagai tujuan mengurut badan si bayi untuk mengeluarkan angin dalam badan. Minyak ini hanyalah untuk kegunaan luaran sahaja. Ketahu lebih lanjut mengenai Minyak Telon Cap Lang di sini.
Earth Mama Angel Baby Bottom Balm
Satu produk yang selamat dan efektif untuk digunakan oleh bayi. Balm herba ini bertujuan untuk memastikan si kecil terhindar daripada ruam akibat pemakaian lampin untuk jangka masa yang lama. Ianya menghalang kulit byai daripada menjadi kemerah-merahan dan ketidakselesaan. Diperakui oleh Oregon Tilth, minyak balm ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi serta mengandungi herba organik antibakterial dan antifungal, shea butter serta minyak pati tulen. Produk ini berkesan untuk membasmi gatal pada kulit, kesan gigitan serangga, ruam seperti cacar air. Sememangnya produk hasil daripada Earth Mama Angel Baby merupakan produk yang menakjubkan buat para ibubapa. Adakah anda pernah menggunakannya? Kongsi pendapat anda mengenai Earth Mama Angel Baby Bottom Balm di sini.
Mini Me Bestie Balm
Kulit bayi amat lembut dan mudah terluka jika menggunakan produk yang kasar. Produk Mini Me Organic Baby & Child merupakan produk yang diperlukan oleh bayi. Ianya selamat untuk digunakan buat semua peringkat umut termasuklah bayi yang baru lahir. Diperbuat daripada minyak kelapa dara, minyak tea tree, minyak chamomile organik serta minyak lavender untuk memberikan kesan nyaman pada pemakai. Produk ini sesuai buat bayi kembung perut, batuh, selsema atau juga sakit kelapa buat orang dewasa. Baca pendapat yang dikongsi oleh para ibu bapa mengenai produk Mini Me Organic Baby & Child di sini.