Ruam pada bayi adalah bukan satu masalah yang baru dan boleh dikatakan semua bayi akan melalui fasa ini. Ruam pada kawasan lampin terjadi apabila kulit terdedah pada kelembapan serta bendasing yang mengandungi bakteria untuk jangka masa yang lama kerana tidak menukar lampin sekerap yang mungkin. Sebagai ibubapa, anda boleh kurnagkan rengsangan kulit bayi dengan memakaikan krim ruam lampin sebelum memakai lampin. Krim ini mampu menghalang kulit daripada terdedah pada kelembapan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria. Berikut adalah 10 krim ruam bayi terbaik buat si manja.

1. Drapolene Cream

Krim ini membantu untuk mengelak ruam di bahagian lampin bayi. Krim Drapolene membantu melembutkan kulit serta mengurangkan rengsangan kulit daripada luka mahupun ruam. Ianya diformulasikan dalam bentuk krim agar mudah disapu serta tidak menghalang kulit daripada terdedah daripada udara. Krim ini mengandungi dua bahan aktif iaitu benzalkonium serta khloride dan cetrimide. Kombinasi bahan aktif ini membantu menyejukkan dan menghilangkan kesakitan akibat iritasi.

2. Pureen Nappy Rash Cream

Dengan formula triple action, krim ruam daripada Pureen ini bukan hanya menyembuhkan ruam malah menghalang kulit daripada dijangkiti ruam agar bayi kekal selesa. Ianya membentuk satu penghadang pada kulit untuk meminimakan kulit bayi daripada bersentuhan dengan bendasing seperti bakteria yang terkandung dalam najis bayi. Ianya juga bukan hanya untuk ruam lampin tetapi juga ruam di bahagian badan lain akibat cuaca panas dan peluh. Krim ini juga turut digunakan untuk penyakit ekzema yang menyerang bayi. Produk yang cukup menarik kerana ianya pekat dan tekstur krim ini diperbuat untuk merawat, mengawal dan menghalang terbentuknya ruam, kemerah-merahan pada kulit bayi yang sensitif.

3. Sudocream Nappy Rash Cream

Krim ruam dari Sudocrem ini digalakkan untuk digunakan secara berkala sewaktu menukar lampin bayi. Ianya mengandungi bahan “water-repellent” untuk menjaga kulit dengan bertindak melindungi kulit daripada najis serta air kencing bayi yang mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan ruam. Ianya amat mudah untuk digunakan dan ianya kurang berminyak. Krim ini amat membantu untuk melembutkan, merawat, menjaga serta mengembalikan kelembutan kulit bayi seperti sedia kala.

4. Anakku Nappy Cream

Krim Anakku amat terkenal sekali dikalangan ibubapa kerana ianya efektif dalam menghalang kulit bayi daripada dijangkiti ruam. Ianya membantu mengekalkan kulit di bahagian kawasan lampin kekal kering agar pembiakan bakteria terhalang. Ianya juga membantu mengekalkan kulit bayi agar kekal bersih, dan segar sepanjang masa. Krim ruam lampin Anakku yang popular kerana kebolehannya serta harganya yang berpatutan. Ianya datang dalam bentuk tub dan mudah untuk digunakan.

5. Sebamed Baby Diaper rash Cream

Sebamed adalah salah satu jenama yang cukup terkenal dengan kebolehannya dalam merawat kulit terutama sekali yang berkaitan dengan kulit sensitif serta ekzema. Krim ini mempunyai kandungan pH 5.5 yang terbukti berkesan untuk membantu pertumbuhan acid mantle dalam menjaga kulit bayi. Ianya bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya pada kulit. Krim ruam Sebamed ini bukan hanya merawat ruam lampin tetapi juga dermatitis kulit dan melindungi kulit datipada bendasing yang aggresif pada kulit dan boleh membuatkan kulit bayi yang lembut menjadi kemerah-merahan.

6. Himalaya Diaper Rash Cream

Berkesan dalam merawat dan mengurangkan rengsangan kulit dan juga kemerah-merahan. Ianya membina satu lapisan pada kulit bayi untuk menghalang daripada terdedah pada bendasing untuk jangka masa yang lama. Ianya diformulasikan dengan Five-Leaved Chaste Tree yang membantu mengalang ruam dan juga mengurangkan kemerahan serta rengsangan disebabkan oleh pemakain lampin yang lama. Kandungan minyak badam serta aloevera dalam krim ruam Himalaya ini amat membantu untuk mengurangkan iritasi dan melembutkan kulit.

7. River Veda Nurture Nappy Rash Cream

Satu krim yang lembut dan organik dari River Veda yang mempunyai kebolehan menyejukkan pada kulit yang berkesan untuk merawat iritasi kulit. Tambahan aloevera serta sesame oil serta ekstrak Chamomile, Turmeric dan Calendula bukan hanya menghalang rengsangan kulit malah membantu mengekalkan kelembutan kulit serta menghalang kulit daripada menjadi kasar. Ianya amat lembut dan sangan efektif.

8. Buds Super Soothing Nappy Rash Rescue Cream

Lindungi kulit si manja daripada ruam lampin dengan menggunakan Buds Super Soothing Nappy Rash Rescue Cream. Ianya membantu merawat dengan kehadiran prebiotik. Krim ini membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat pada kulit bayi di samping menghalang pertumbuhan bakteria lain. Penuh dengan bahan-bahan yang terbaik yang berkesan merawat kulit serta mengekalkan kelembutan kulit bayi, krim ini berkesan dalam masa yang singkat. Ianya mengandungi ektrak jojoba, bunga matahari, zaitun serta Inca Inchi yang berkesan untuk merawat ruam.

9. Topfer Organic Diaper Rash Cream

Ruam lampin sering kali terjadi pada bayi. Boleh dikatakan semua bayi akan melalui kondisi ini disebabkan oleh pemakaian lampin yang berterusan untuk jangka masa yang lama. Ianya mudah berlaku kerana bayi menghabiskan banyak masa duduk atau merangkak dan juga apabila mereka mula untuk makan makanan pejal yang mungkin mengubah tahap asid pada najis mereka. Krim ruam organik dari Topfer ini membantu mengurnagkan kerengsaan pada kulit sensitif dan terutama sekali pada bahagian lampin.

10. Centifolia Diaper Ointment

Dirumuskan khas buat membersihkan bahagian lampin si manja anda. Minyak Centifolia ini meninggalkan satu lapisan filem yang menghalang bendasing dari terkena kulit dalam dalam pada masa yang sama menjaga kulit bayi. Ianya dihasilakan dengan minyak zaitun, air imau, wax serta jus aloevera yang berkesan menghalang kelembapan dan mengurangkan geseran pada kulit untuk meminimakan rengsangan dan kulit yang merah. Ianya bebas dari sebarang wangian dan terbukti selamat pada kulit.