F&N High Calcium Sweetened Creamer
Enak rasanya
Saya pernah menggunakan produk susu ini untuk minuman perasa koko atau kopi. Rasanya memang berbeza dan lebih sedap dibandingkan jika menggunakan jenama yang lain dan saya suka rasanya.
F&N 100 Plus
Minuman yang saya gemari
Hampir setiap minggu saya akan membeli minuman ini. Yang paling saya gemari adalah yang tidak berkarbonat. Ia akan membuatkan saya bertenaga apabila seharian memandu kenderaan.
F&N CORDIAL
Kordial yang lama bertahan di pasaran
Sejak saya kecil jenama ini sudah saya kenali, terutama ketika musim perayaan. Teringat setiap kali musim perayaan ayah pasti membeli jenama ini. Bagi saya lebih gemar perasa sarsi berbanding perasa sirap rose .