NIVEA Crème
Kurangkan masalah kulit kering
Kulit kaki saya kerap mengalami kekeringan dan pedih di kulit. Biasanya saya sapu malam, esok lusanya kaki rasa lega sikit. Memang terasa Nivea Creme ni melembapkan kulit. Syok!
Clorox Lavender Bleach
Tahi lalat lesap!
Telekung memang mudah bertahi lalat. Maka saya lebih selesa rendam semalaman telekung saya untuk mendapatkan hasil optimum. Hanya air dan clorox je. Selepas tu baru basuh macam biasa.
glo Lemon
Sesuai untuk jari saya yang alergik
Saya hanya pakai Glo sahaja selepas pencuci pinggan jenama lain merosakkan jari-jari saya. Ini kerana saya mempunyai masalah alergik jari seperti gatal, tumbuh biji nanah dan luka jika asyik garu. Setakat ini, Glo tidak menambahteruk keadaan jari saya. Jika jenama-jenama lain, pasti sekali pakai dah pedih jari saya.
Drypers Drynightsdie
Tidur yang selesa
Saya pernah guna Drypers Drynights untuk atasi masalah kencing anak kedua saya yang agak banyak setiap kali membuang air. Untuk kegunaan waktu malam memang puas hati. Tak perlu risau tilam bocor dan berbau hancing.
Dan pernah juga saya pakaikan Drypers Drynights ini ketika waktu siang, cuma agak menggelebeh seluarnya kerana lampin ini jenis panjang dan besar. Kurang sesuai dipakai untuk aktiviti di luar rumah yang menyukarkan anak bergerak bebas.