Cap Limau Yu Yee Oil
Minyak Yu Yee Cap Limau Berkesan
Saya guna minyak ni dari bujang sampailah dah memunyai 2 orang anak sekarang nie,minyak ni paling sesuai untuk sakit perut bagi saya. Saya sangat suka guna semasa period time,sapu kat perut,meang selesa dan kurang rasa sakit sakit sengal perut. Waktu hujan lebat atau waktu sejuk saya suka gosok kat tapak kaki tangan, kadang kadang saya sapu di kepala kalau rasa sakit kepala,bau dia tu buat saya rasa lega,bau serai dan panas tu buat saya tak sakit kepala, bila ada anak saya sapu kat perut dengan tapak kaki diaorang lepas mandi dengan malam sebelum tidur untuk elakkan kembung perut. Minyak ni memang peneman setia saya,sentiasa ada dalam beg tangan untuk standby kalau kalau sakit kepala ke sakit perut boleh sapu sebab saiz dia kecik dan comel.
JOHNSON’S® baby top-to-toe™ wash
Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga
Kami sekeluarga menggunakan product ini sejak mendapat anak pertama 7 tahun lepas, bukan sahaja sesuai digunakan untuk bayi malahan suami dan saya turut menggunakan Johnson's Baby Top To Toe wash ni kerana tak perlu nak membeli shampoo dan gel mandian berlainan,cuma 1 botol sahaja dan boleh digunakan sebagai shampoo dan mandian. Bau dia lembut,wangi dan paling penting tak memedihkan mata kami.
JOHNSON’S® Baby Powder
Talkum Wangi
Bedak ni bau dia memang wangi sangat, selain digunakan untuk letak kat bayi dan anak-anak,mak budak pon pakai selepas mandi,suami pon selalu suruh sapu kat belakang dia selepas mandi. Bau dia harum semerbak macam bau bayi, muka pon putih je lepas pakai. Selain tu, ada petua,kalau anak kecik kita kencing malam kan,lepas kita lap temoat kencing atas tilam tu,keringkan dengan kain lepas tu taburkan bedak ni,bau hancing dan hapak akan hilang,mak mak boleh cuba buat.