Paddle Pop Rainbow
GIGITAN KENANGAN
Aiskrim Paddle Pop sentiasa menjadi kenangan yang terbaik sejak kecil. Mula kenal bila uncle aiskrim lalu depan rumah dengan iringan muzik evergreen paddle pop. Warna aiskrim yang menarik, kelembutan dan lemak aiskrim boleh terasa sehingga kini. Aiskrim Paddle Pop layak dikategorikan sebagai aiskrim sepanjang zaman!
AYAMAS Crispy Nuggets
RANGUP, SEDAP & LEMBUT
Nugget Ayamas sentiasa menjadi kesukaan keluarga sejak mula produk Ayamas muncul di pasaran. Ayamas Nugget Crispy adalah antara produk yang terbaik, tetap rangup walaupun kita goreng untuk tempoh masa yang lama. Goreng dan makan ia dengan nasi panas beserta kicap dan sos, memang terbaikkk!
Gardenia Original Classic
KEGEBUAN ROTI INI TIDAK BISA DITANDINGI
Roti Gardenia sentiasa menjadi pelengkap kepada makanan ruji di rumah. Tekstur roti yang gebu, lembut, dan tidak garing menjadikan ia satu pilihan yang terbaik sekeluarga. Kelembutan roti itu sendiri membolehkan semua orang makan roti begitu sahaja tanpa perlu dicalit dengan perasa tambahan. Kulit tepi roti yang tidak garing juga tidak menjadikan manusia itu memilih utk membuangnya semasa makan. Roti Gardenia bagai isi dengan kuku dalam hidup kita!