Alif Cooking Oil
The best cooking oil ever
Menjadi pilihan saya sekeluarga sebab antara minyak masak terbaik setakat ini. Malah, produk in mudah dijumpai di pasaraya kecil selain giant tesco dan sebagainya. Minyak ini tidak berbau tengik dan tahan 2 hari. Warna juga tidak cepat hitam. Tak akan tukar yang lain.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Best diapers
6 tahun saya guna drypers tak pernah tukar brand lain. Pernah cuba brand lain tapi anak tak serasi. Hanya Drypers sahaja anak sesuai. Terbaik lah. Lampin yang tebal dan tidak bocor.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Wangi dan lembut
Bagi ibubapa yang tercari-cari mandian bayi, silalah gunakan mandian ini kerana sangat wangi dan lembut bila dipakai. Anak tiada alahan lagi sepanjang saya gunakan untuk dia.
Adabi Anchovies Fritter Flour (Tepung Cucur Ikan Bilis)
Mudah dan lazat
Tepung ini sangatlah mudah digunakan. Hanya campurkan air dan kacau rata. Cukup lengkap semua rasa. Ikan bilis paling sedap sekali. Mudah dan cepat sesuai untuk kami anak ramai ni. Semua tak sabar nak makan. Pilihan kami sekeluarga!