St.Ives Apricot Blemish Control Scrub
wangi dan sangat best!
the best scrub ever! setiap kali lepas pakai, kulit saya akan terasa lembut dan licin.. kulit saya adalah jenis yg berjerawat dan sering break out.. wp tekstur scrub ini kasar, tp ia tidak memberikan iritasi pada kulit sy.. baunya sgt wangi dan menyegarkan.. sebelum pakai foundation sy akan apply scrub ni dulu utk mengecilkan pori di muka sy.. ternyata cara ini amat berkesan untuk mengelakkan foundation sy dari berkecapuk
Maybelline Color Sensational Lipstick
nice colour
saya sgt suka tekstur lipstik ini.. sangat matte dan lembut di bibir.. rasa mcm tak pakai lipstik sebab langsung tak cakey.. tapi ada juga kelemahannya, kerana lipstik ini tak tahan lama.. warnanya mudah hilang.. tapi overall, puas hati sbab warna dia cantik sangat! sesuai dengan kulit wajah saya dan ia juga ada banyak pilihan warna yg menarik.. harga juga berpatutan..
Pixy UV Whitening Two Way Cake SPF 15 Refill Yellow Beige
menyerlahkan kulit wajah saya
saya sgt suka bedak compact pixy ni.. teksturnya lembut dan sekata.. ibu saya juga suka menggunakannya kerana ia dpt menyerlahkan kulit wajah dan ia juga tahan lama.. kulit saya adalah jenis berminyak , dan pixy powder ini sgt membantu utk mengawal penampakan minyak di wajah sy