Vivo V9
Vivo V9
Saya menggunakan telefon pintar Vivo V9 semenjak tahun 2018 dan masih berada dalam keadaan yang elok pada hari ini. Dengan design dan pilihan warna yang cantik dapat menarik perhatian pengguna. Selain itu,kamera yang sharp dan storage yang besar juga adalah sangat memuaskan hati. Jadi tidak hairan lah jika telefon ini disukai oleh rakyat Malaysia.
NESCAFÉ Classic
nescafe classic
Tidak lengkap seharian saya jika tidak mengambil secawan Nescafe classic. Bau dan aroma pekat yang memukau menambah selera sesiapa yang terhidu. Saya mula meminati Nescafe semenjak kecil kerana ayah saya juga turut meminatinya. Ia merupakan aroma turun- temurun
Munchy’s Oat Krunch
Oat krunch
Munchy's oat krunch ni memang snek yang sentiasa ada di kediaman saya. Sangat mudah untuk disimpan dan tak masuk angin kerana terdapat 16 pek kecil dalam satu pek besar. Boleh menjadi snek yang mengenyangkan dan sihat untuk dimakan. Kami sekeluarga paling suka perisa strawberry & blackcurrant ,boleh dinikmati bersama dan dimana jua!
Saji Creamer
Krimer manis saji
Krimer manis pekat yang sedap,mudah didapati dengan harga yang murah berbanding jenama lain,tetapi kualiti produk adalah sama dengan jenama yang terkemuka. Senang untuk dibuka dan disimpan. Antara salah satu produk keluaran tempatan yang perlu ada disetiap kediaman!
Pepsi Regular
For the love of Malaysia
Sangat menyukai design pada tin pepsi ini, dengan
gambar lesung yang menunjukkan ciri tradisional dan agak kemelayuan. Rasa pepsi yang segar dan semestinya pepsi merupakan air berkarbonat yang tidak asing bagi rakyat Malaysia
Cif Multipurpose Surface Cleaning Cream (Original)
Cif original
Aktiviti mencuci menjadi amat mudah dan menyeronokkan! Tiada lagi kesan kotoran dan dapat menanggalkan kotoran degil dengan mudah dan cepat. Bau yang tidak begitu kuat dan kualiti pembersihan yang terbaik! Sangat di syorkan kepada semua.