Pigeon Wide Neck Nursing Bottle PPSU
The best baby bottle! Pegeon wide neck
Saya seringkali menukar botol susu anak saya sebelum dia mencapai 10 bulan sebab anak saya cepat bosan dengan botol susu sebelumnya sehingga la saya menemukan pegeon wide neck ini. Anak saya mula menggunakan botol pegeon wide neck ini sejak berumur 10 bulan sehingga la sekarang ini berumur 1 tahun 4 bulan. Ini la satu-satunya jenis botol susu yang bertahan lama. Saya suka menggunakan botol susu ini untuk anak saya kerana ia ringan dan mudah dibasuh. Lebih lagi air susu tidak mudah melimpah dari puting tersebut, jadi sesuai untuk anak yang suka bermain dengan botol ketika menyusu.
Nestle Cerelac NutriPuffs
Nestle cerelac nutripuffs tomato&bawang
Saya suka berikan nutripuff ini kepada anak saya yang berumur 1 tahun 4 bulan sebagai snek waktu petang. Nutripuff perisa tomato dan bawang mempunyai rasa yang ringan dan sedap, rasa tomato tidak memberi rasa yang terlalu masam seperti kebiasaan dalam makanan ringan yang lain. Rasa bawang juga tidak terlalu kuat sehingga boleh mengganggu selera anak saya. Saiz puff yang tidak terlalu kecil dan mudah untuk dikunyah, puff yang berbentuk bintang menambah rasa minat untuk si kecik terhadap snek ini.
Carrie Junior Baby Hair & Body Wash
Must have!
Saya berpuas hati menggunakan produk ini untuk anak saya. Tidak menghasilkan buih yang banyak tetapi cukup memberikan wangian yang harum dan kekal lama. Mudah di dapati di mana-mana kedai atau supermarket dengan harga yang sangat berpatutan. Apa yang lebih menarik produk ini tidak memedihkan mata dan sesuai untuk kulit anak saya yang sensetif.
Heinz Banana Biscotti
My baby love it
Saya beri heinz biskut pada anak saya masa berumur 8 bulan lebih. Anak saya sangat suka dengan biskut ini mungkin sebab rasa nya yang manis. Perisa pisang juga memberi rasa yang sedap pada biskut tersebut. Biskut ini mudah untuk dikunyah dan cair dalam mulut dan bentuk yang memanjang memudahkan anak saya untuk genggam biskut tersebut.