Dettol Original Shower Foam
Dettol-pelindung keluarga saya
Sejak menggunakan dettol,saya jarang mengalami masalh kegatalan.Dahulu,pantang alergik disebabkan habuk,pasti naik ruam di badan saya..Alamatnya ,kena makan ubat la..tapi setelah menggunakan dettol ruam sy tidaklah seteruk mana.Malahan,adik2 saya yang suka bermain di luar rumah juga jarang demam disebabkan mandi menggunakan dettol yang mampu membunuh kuman.
Lux Shower Gel Magical Spell
Gel mandian magik
Gel mandian lux yang harum ini memang menyegarkan badan yang seharian penat bekerja.Apatah lagi haruman lavenda ini bagaikan satu terapi wajib bagi saya seharian.Saya mengesyorkan utk sesiapa yang kuat berpeluh utk memakainya.Anda pasti berpuas hati
Safi Shayla Smooth & Manageable
Syampoo pilihan hijabista
Saya sering keliru utk memilih syampoo yang sesuai kerana sya memakai tudung.Setelah diperkenal dengan syampoo ini ,sy tidak memilih yang lain.Rambut sy yang selalu kusut tidak sekusut dahulu lagi.Apatah sekarang masalah rambut bercabang sudah pun selesai setelah menggunakannya selama 2 bulan. Saya selalu mengesyorkan syampoo ini kepada kawan2 hijabista yang lain