Vaseline® Petroleum Jelly
Pelembap yang sangat mudah dibawa kemana sahaja
Boleh dipakai untuk banyak masalah terutama masalah bibir kering, untuk kesihatan tumit kaki juga melegakan kegatalan pada kesan stretch mark...juga boleh digunakan sebagai serum pelebat bulu mata jika pemakaian yang konsisten..harga yang berpatutan dan mampu tahan sangat lama.
Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion for Stretch Marks
Sangat sesuai bagi yang ada masalah stretchmark
Massage lotion yang sepatutnya ada dalam simpanan bagi semua ibu hamil yang mempunya masalah stretch mark. Harga yang agak berpatutan dan mudah didapati di semua kedai kedai penjagaan kesihatan mahupun pasaraya. Pemakaian yang kerap akan menghilangkan kesan stretch mark terutama di bahagian perut dada dan peha.
L’Oreal Paris Extraordinary Oil Gold
Lembut dan wangi
Pemakaian yang kerap akan memberi kesan yang positif kepada rambut terutama yang memiliki rambut kusam. Pakai sebelum tidur dan bangun pagi esok dengan rambut yg lebih lembut dan terurus. Bau yang sangat wangi dan tak perlu pakai terlalu banyak sudah cukup untuk cover semua bahagian rambut
Head & Shoulder Cool Menthol Shampoo
Selesa dan menyegarkan
Penggunaan yang konsisten akan membuatkan kelemumur berkurang dan kulit kepala akan rse lebih segar selepas penggunaan syampu. Harga yang berpatutan dan juga mampu milik. Malah mudah di dapati di semua kedai kedai penjagaan diri atau pun pasaraya.
Cosmoderm Tea Tree Oil Anti-Blemish X-Press
Sangat lembut dan berkesan menghilangkan jerawat
Cream yang sesuai bagi langkah pertama untuk menghilangkan jerawat dan kesan parut jerawat. Bentuk yang lebih kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Mudah di dapati di semua kedai kecantikan serta online seller. Harga yang agak tinggi tetapi satu cream dapat bertahan berbulan bulan kerana penggunaannya hanya sedikit sahaja di bahagian jerawat