Nestle Milo Nuggets Chocolate
Coklat yang penuh
Nugget milo ini memang sedap bagi sesiapa yang suka makan milo begitu sahaja. Rasanya seperti serbuk milo yang dijadikan bebentuk kiub yang sesuai dengan bentuk mulut untuk sekali makan. Harganya yang murah menjadikannya kegilaan ramai budak.
Nestle Koko Crunch
Rasa coklat yang memuaskan
Enak dimakan bersama susu menjadikan pagi yang bertenaga buat kanak-kanak agar dapat meneruskan satu hari pembelajaran yang efektif. Harga yang murah menjadikannya pilihan ibubapa. Enak juga dimakan begitu sahaja sebagai snek mahupun minum petang.
Gardenia Original Classic
Sedap dan memuaskan
Rasa rotinya begitu lembut dan empuk. Terasa seperti makan roti yang baru keluar dari oven. Sesuai dibuat minum petang bersama teh menjadikan susana petang yang memuaskan setelah penat bekerja
Milo Nutri G
Memang bertenaga
Minuman berkhasiat milo ini memang sesuai bagi pekerja yang sibuk untuk mengambil sarapan kerana dalam sebotol ini, sudah cukup untuk membekalkan tenaga seharian. Harganya yang murah serta mudah didapati menjadikan ia sebagai sarapan wajib bagi orang yang sibuk.