Lux Shower Gel Magical Spell
Bau yang sangat wangi
Lux merupakan produk kegemaran saya. Haruman lux memberikan rasa sangat nyaman pada kulit saya. Harumannya kekal tahan lama. Saya menggemari produk lux seawal usia remaja lagi. Lux shower gel magical spell adalah produk yang sangat wangi dan sangat sesuai untuk setiap wanita.
Dettol Original Shower Foam
Memeberi kesegaran pada badan
Saya sangat menggemari mandian dettol kerana ia sangat baik untuk memebersihkan badan. Mandian dettol banyak kelebihannya, antaranya adalah ia dapat membunuh kuman pada badan, memberi kesegaran pada badan setelah badan berpeluh. Harganya juga sangat berpatutan.
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot
Dapat mengurangkan lenguh
Losyen mustajab pati halia extra hot adalah produk yang sangat baik untuk mengurangkan angin pada badan. Selain itu dapat mengurangkan perut buncit. Saya sangat suka menggunakannya terutama apabila saya sakit kaki, ia dapat mengurangkan lenguh di kaki saya. Harganya yang murah dan mudah di dapati di pasaraya yang berdekatan.