Gardenia Original Classic
MEMANG SEDAP!
Roti Gardenia memang hari hari saya akan beli. Dengan harga yang murah dan kualiti yang baik menjadi satu sebab saya memilihnya sebagai makanan harian saya. Memang kena lah dengan motonya iaitu “sungguh enak bila dimakan begitu saja”
Nestle Honey Stars
Mesti Beli!
Honey Star telah saya nikmati sejak dari kecil lagi. Dengan harga yang lebih berpatutan ianya dapat melengkapkan hari saya dengan sarapan yang enak seperti ini. Memang setiap minggu mesti kena beli. Sampailah saya berumur 21 tahun pun saya masih juga membeli Honey Stars.
Nutella Hazelnut Spread
TAK BOLEH LUPA!
Nutella ni memang pantang kalau dengar namanya disebut. Mesti berebut nak rasa Nutella ni. Rasa hazelnut dia memang sedap sangat. Coklatnya yang sedap memang berbaloi dengan harganya. Kalau nak makan dengan roti memang sedap. Lebih lebih lagi kalau makan macam tu saje.