Anakku Baby Wipes
Terbaik
Anakku Baby Wipes sangat bagus untuk membersihkan sisa kotoran pada anak saya. Ianya tidak melekit dan sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Saya selalu menggunakan Anakku Baby Wipes sama ada di rumah atau ketika berjalan-jalan. Ianya tidak memberikan kesan yang tidak diingini dan sangat bagus untuk kulit anak saya.
Drypers Drypantz
Kualiti yang setanding dengan harga
Saya telah menggunakan Drypers Drypantz untuk anak saya yang pertama dan kualitinya sungguh memuaskan dan terbaik. Ianya tidak tembus sekalipun anak saya membuang air besar/kecil. Bau pun tidak akan keluar dan ianya sungguh bagus. Saya suka menggunakan drypers drypantz untuk anak saya ketika berjalan-jalan kerana ianya mudah dipakaikan seperti seluar
Fiffy Long Sleeve And Long Pant Suit (Newborn/Unisex)
Sangat menjimatkan
Saya suka membeli baju jenama Fiffy kerana ianya sangat murah dan sesuai dengan bajet bulanan saya. Kualitinya juga setanding dengan harga yang ditawarkan. Saya suka membeli baju jenama Fiffy kerana ianya dijual dalam set termasuk baju dan seluar. Jadi saya tidak lagi bersusah-payah untuk membeli baju dan seluar yang berlainan jenama dan harga.