Baygon Cockroach Control Aerosol
Berkesan membunuh Serangga
Produk ini sangat bagus dan kuat racunnya untuk membunuh serangga yang besar seperti lipas yang mengelikan. Hanya produk jenama Baygon yang mampu membunuh serangga besar berbanding produk jenama lain yang lebih lembut racunnya. Namun kekuatan racunnya dan baunya yang sangat kuat seperti boleh membuat keracunan pula.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
Wangian kanak-kanak
Saya mula mengunakan Dryper Head to Toe pada awal tahun lepas 2016. Lebih mudah mengunakan kerana syampoo dan sabun dalam satu botol yang sama dan lebih jimat. Dryper head to toe ini sememangnya wangi walaupun kanak-kanak berpeluh dan tak memedihkan mata. Namun saya cuma khuatir wangian yang kuat sebegini mempunyai bahan kimia atau sintetik yang tinggi dan merbahaya pada kanak-kanak atau tidak.
Ridsect Advance
Membunuh nyamuk dan tidak busuk
Ridsect sememangnya jenama yang sudah kukuh di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila ingin menyebut semburan racun nyamuk seringkali masyarakat menyebut Ritsect tidak kisahlah jika jemana lain pon. Namun pendapat saya Ridsect sememangnya hanya berjaya membunuh nyamuk dan serangga kecil dan tidak berkesan untuk serangga besar. Baunya juga tidak memeningkan kepala. Jika dibandingkan jenama Baygond lebih menguntungkan kerana dapat membunuh serangga besar dan kecil namun baunya pula yang kuat dan boleh membuatkan anda juga keracunan.