Drypers Classic
Lampin kegemaran bayi
Bermula daripada tarikh kelahiran anak saya 10/12/17 sehingga hari ini,anak saya masih setia memakai drypers classic ini kerana sangat selasa,penyerapan yang baik dan tidak mudah bocor.Harganya juga lebih murah berbanding yang lain.
Pureen Basic Breast Pump with Bottles
Benda pertama dibeli, selepas bayi lahir
Balik sahaja daripada hospital,suami terus membelikan pam susu ini,pam ini sangat mudah digunakan dan botol yang diberi juga tahan lama serta besar. Sehingga anak berusia 7 bulan sekarang ini saya masih menggunakannya,tidak perlu membeli pam elektrik kerana pam ini sudah cukup mudah dengan harga yang berpatutan.
Safi Olive Oil
Minyak rambut pilihan
Seisi keluarga saya daripada atok nenek hingga ke cucu memakai minyak rambut safi ini kerana tidak melekit dan baunya yang wangi.Ia menjadikam rambut hitam dan bersinar.Satu botol besar itu bertahan selama 1-2 bulan dengan harga yang berpatutan