Simplysiti Dermagic Intensive Serum
Burning sensation
Hai, saya dah try produk ni. And bagi saya ianya tak sesuai dengan saya sebab dah tiga empat kali pakai tapi still rasa yang sama iaitu right after pakai dekat muka saya rasa muka panas panas sikit. Ada burning sensation. Lepas tu saya cek balik bottle tu and dia ada tulis sesuai dengan all skin type tapi tak recommended untuk acne prone skin. Dan saya mempnyai kulit jenis acne prone skin, sebab tu kot saya tak sesuai dengan serum ni. Mungkin ada ingerdient yang tak sesuai dengan saya. So saya rate 2star utk skin saya
Vaseline® Petroleum Jelly
Solusi kepada bibir kering
Hai! Sebelum ni saya mempunyai masalah bibir kering dan merekah. Ianya sangatlah tak menyelesakan and kadang-kadang bibir kering dan merekah tu sampai boleh buat bibir saya berdarah. Lagi lagi kalau nak senyum tu ketat je bibir rasa, sakitt. Then ada kawan suggest selalu apply vaseline dekat bibir sebelum tidur macam pakai lipbalm then saya try buat setiap hari dan ianya menunjukkan perubahan yang positif. Bibir saya dah tak kering lagi tak seteruk dulu. Sangat berbaloi untuk dimiliki. Lepastu, ada lagi function lain. Saya selalu guna vaseline sebelum pakai matte lipstick. So dia akan bagi effect bibir just nice. Tak terlalu kering ke apa and bibir jadi lebih moist. Overall, saya bagi 5/5. Lagi satu ianya tahan lama sebab guna sikit sikit je. Kecik dan mudah dibawa kemana mana. Sangat memudahkan
Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser With Vitamin E
Suit well my combination skin
Hai, saya dah lama dah pakai pencuci muka cosmoderm ni tak ingat dah tapi rasanya dah lebih 2 tahun. Sangat sesuai dengan muka saya sebab nya saya pernah try cleanser lain tapi tak boleh pakai dah sebab everytime pakai muka akan jadi ketat dan kering tapi bila pakai cleanser ni saya rasa okay je. And lama lama jerawat pun tak teruk macam dulu. Sebab ingredient dia ada tea tree oil yang mana ianya bagus untuk merawat jerawat. Harga pun okay, mampu milik. Suka sangat pencuci muka ni!