Silkygirl Arabian Iris EDT
Nice smell
Silkygirl arabian iris merupakan wangian yang pernah saya gunakan kerana wangiannya yang sangat lembut dan tidak terlalu kuat. Saya menyukai produk ini kerana amat sesuai dengan citarasa saya dan kurang gemar memakai wangian yang mempunyai bau yang terlalu kuat. Produk ini sangat sesuai untuk remaja yang sedang mencuba wangian baru. Harganya juga berpatutan dan wangian ini tahan lama.
Maybelline Clear Smooth BB Stick
Great product
Sebagai seorang pelajar, saya tidak mempunyai byk masa untuk berhias diri. Kadang-kadang saya cuma mengenakan bedak talkum di muka dan adakala saya tidak mengenakan apa-apa jenis bedak atau base make up di muka kerana saya mempunyai jenis kulit kombinasi dan menyukarkan saya jika tidak mengenakan produk yang betul. Dengan Maybelline BB cream stick, ia menjimatkan masa saya untuk bersiap awal pada waktu pagi dengan hanya sedikit olesan sahaja. Saya tertarik untuk menggunakan produk ini setelah melihat ibu saya menggunakannya dan ia benar-benar menjimatkan masa saya terutama pada hari kelas. Saya sangat menyukai produk ini. Produk ini juga tahan lama dan kurang berminyak jadi sesuai untuk bahagian T-zone yg berminyak. Manakala untuk bahagian kulit yg kering saya akan mengaplikasikan minyak bio-oil sebagai base untuk mengelakkan kulit mengelupas kelihatan dan seterusnya memakai bb cream stick tersebut.
Shokubutsu Sakura Whitening
Love the smell
Sabun mandian wangian sakura ini benar2 menambat hati saya. Saya sangat menyukai bunga sakura dan produk ini telah menjadi pilihan saya. Baunya yang wangi memberikan kesegaran dan rasa selesa selepas mandi. Sabun ini juga tidak melekit dan wangiannya sangat sesuai untuk merehatkn minda selepas mandi. Saya mendapati produk ini agak sukar didapati kerana selalu kehabisan stok. Saya amat menyukai produk ini.