Nivea Lip Care Fruity Shine Cherry
Melembapkan dan memerahkan bibir
Saya dah guna dalam beberapa bulan ni dan saya sangat menyukainya. Melembapkan dan memerahkan bibir secara natural. Warna merah tak terlalu terang tapi nice nice sahaja. Suami saya pun suka pakai lipbalm ni since warna merah dia sangat natural tambahan bila cuaca panas bibir beliau merekah kering. Overall mantopp. Rasa dia pon sedap rasa ceriii.
Silkygirl Matte Junkie Lip Gloss 01 Retro
Bagus. Harga berpatutan
Saya dah 5 kali repeat lipmate ni. Shade Retro ni lah. Walaupun warnanya dalam kategori nude, tapi ia tak membuatkan muka kita pucat sebab tonanya agak terang sedikit. Sesuai untuk pakai harian sebab sangat ringan dan tak rasa melekit. Berbanding dengan lipmate lain harganya tidak terlalu mahal. Lebih berpatutan dari kualitinya.
Maybelline Color Sensational Lipstick
Warna nude yang sangat cantik
Selain lipmatte liquid, saya prefer this one sebab yes dia matte tapi dalam masa yang sama dia tak mengeringkan bibir. Bibir rasa lembap walaupun ia tak long lasting tapi ia tidak menghitamkan bibir. Saya ada 2 shades favorite; toasted brown dan almond pink. Bila gabung dua shades ni lagi cantik warna lipstick!! Saya cuma ada gambar toasted brown sebab almond pink hilanggg!