Nature’s Way Kids A+ Supplement Range
Nature's Way Kids A+ Omega 3 Fish Oil
Saya membuat pilihan untuk mencuba Nature's Way Kids A+ Omega 3 Fish Oil kerana percaya dengan kebaikan Omega 3, DHA dan EPA yang membantu perkembangan otak kanak-kanak.
Softgel ini boleh dikunyah begitu sahaja atau dicampur ke dalam makanan anak-anak. Rasa minyak ikan bersama perisa strawberry lebih ketara apabila softgel tersebut pecah di dalam mulut. Tidak perlu risau kerana 99.9% bebas gula.
Saya akan teruskan pengambilan produk ini untuk membantu anak saya yang berusia 5 tahun meningkatkan fungsi otak dengan harapan speech delay yang dialami dapat diatasi dengan segera.
BON Probiokidz ME
Probiotik Terbaik Untuk Anak Saya
Saya sangat teruja pertama kali diberi peluang untuk mencuba BON ProbioKidz ME kepada anak-anak saya. Setelah mengamalkan produk ini selama seminggu ianya ternyata probiotik terbaik untuk kesihatan mereka. Mengandungi 2 jenis bakteria baik yang membantu meningkatkan kesihatan usus dan pencernaan. Ianya juga meningkatkan imuniti untuk melawan demam dan alahan. Perisa Vanilla menjadi kegemaran anak saya. Jadi saya pilih untuk beri secara terus daripada sachet berbanding diambil bersama minuman sejuk. Juga boleh diambil sebelum atau selepas makan.
Similac® Total Comfort®
Similac Total Comfort Terbaik
Similac Total Comfort memang selesa untuk si manja kerana diformulasi dengan protein pra-hadam yang separuh terurai untuk memudahkan pencernaan. Saya sangat gembira apabila anak tidak menolak apabila pertama kali saya memperkenalkan Similac Total Comfort untuknya. Saya berharap anak saya mendapat manfaat daripada kandungan DHA, Lutein dan Vitamin E yang baik untuk perkembangan mental dan penglihatan. Setelah 2 minggu pengambilan saya berpuas hati dengan susu ini kerana anak tiada masalah ketidakselesaan perut dan akan minta untuk saya buatkan susu untuknya berbanding minuman lain.
Mumu Alnico – magnetic wooden blocks
Mumu Alnico pengganti gajet
Mumu Alnico sejenis permainan kayu blok bermagnet yang sangat menarik bagi kanak-kanak seusia anak saya iaitu 3 tahun dan 6 tahun. Diperbuat daripada kayu yang berkualiti dan magnet yang kuat serta reka bentuk yang selamat untuk anak kecil. Saiz dan berat bersesuaian dengan tangan mereka yang kecil.
Beg kecil yang disediakan memudahkan saya untuk membawa permainan ini ke mana sahaja sama ada di taman, membeli belah atau di kedai makan. Dapat mengurangkan kebergantungan anak kecil terhadap gajet seperti telefon pintar kerana apabila bermain dengan Mumu Alnico mereka lebih leka untuk menyusun bentuk yang diingini seperti ulat, pili air ataupun robot.
Secara tidak langsung meningkatkan kreativiti dan kemahiran motor halus. Selain daripada itu dapat menggalakkan pengecaman bentuk dan koordinasi mata tangan lebih baik.
Lebih menggembirakan apabila saya dan suami turut sama bermain dengan anak-anak. Seronok bila anak teruja menghasilkan beberapa bentuk benda yang mereka pernah lihat.
Semoga Mumu Alnico mendapat tempat di hati semua anak kecil ?
BeauE Collagen
Kulit Makin Cantik & Cerah
Setelah 2 bulan pengambilan beau.e collagen saya sangat berpuas hati dengan keadaan kulit wajah dan perubahan tona kulit semakin cerah. Dulu masalah kulit kering dan kusam membuatkan saya kurang berkeyakinan untuk keluar ke mana-mana tanpa mekap.
Saya akan teruskan minum beau.e collagen kerana gembira dengan perubahan kulit wajah berbanding dulu. Jerawat pun susah nak tumbuh kecuali waktu hampir datang bulan. Tapi dengan mengamalkan beau.e collagen saya tidak perlu risau kerana jerawat cepat kering dalam masa seminggu sahaja.
BeauE Collagen
Mengecutkan jerawat & memperbaiki tekstur kulit
Setelah 1 bulan menggunakan produk beau.e kulit kering semakin berkurangan. Jerawat yang bernanah cepat kering dalam masa seminggu sahaja. Kulit saya juga semakin cerah berbanding sebelumnya.
BeauE Collagen
Beau.e Merawat Kulit Kering
Hari ini adalah hari ke 11 saya menggunakan Beau.e DavosLife E3. Saya sangat teruja kerana nampak tekstur kulit saya yang kering menjadi semakin baik seawal seminggu. Sekarang saya ambil 1 sachet sehari dan akan tambah 1 lagi sachet pada hari ke 12 dan seterusnya untuk lihat kesan yang lebih ketara dari segi kecerahan kulit. Dari segi rasa Beau.e DavosLife E3 ni memang sedap. Hanya perlu bancuh dan minum ?
Drapolene Cream
Drapolene Terbaik Untuk Ruam
Saya mengenali produk Drapolene sejak kecil kerana ibu menggunakan untuk adik bongsu. Kini apabila saya menjadi ibu kepada dua anak, saya mendapati Drapolene masih mengekalkan kualiti terbaik dalam membantu ibu bapa menyelesaikan masalah ruam pada bayi. Saya juga menggunakan Drapolene ini apabila anak mengalami luka dan calar. Sangat sesuai dan berkesan untuk anak dan juga saya.
Empro SpaceLift Face Booster
Empro SpaceLift Face Booster – Kesan Segera & Memang Berbaloi!
Saya mula menggunakan Empro SpaceLift Face Booster sejak 6 Mac 2025, dan selepas 9 hari, saya memang rasa perubahannya! Kulit terasa lebih segar, lebih lembap, dan lebih anjal berbanding sebelum ini.
Apa yang paling saya suka ialah kesan pengangkatan serta-merta selepas sembur, kulit rasa lebih tegang tetapi tetap selesa dan tidak melekit. Penyerapan pun cepat, jadi sesuai untuk digunakan sebelum makeup atau sebagai rutin penjagaan kulit harian.
Sebelum ini, kulit saya agak kusam dan nampak letih, tetapi sekarang lebih berseri dan bertenaga. Saya juga perasan liang pori nampak lebih kecil, dan kulit jadi lebih lembut bila disentuh.
Bagi sesiapa yang mencari booster wajah yang berkesan, ringan, dan cepat menyerap, saya sangat recommend SpaceLift Face Booster ni! Berbaloi cuba!