DIAPEX Wonder Pants
Like it so much
Saya pengguna tegar diapex pant dari anak pertama hingga kedua masih setia dengan diapex kerana produk ini sangat berkualiti dan sesuai untuk anak-anak saya. Getah pinggang yang sangat kuat, walaupun sudah penuh tapi tidak nampak terlondeh namun tidak meninggalkan kesan pada kulit anak. Bahagian celah kelangkang yang sangat lembut serta mencegah dari bocor. Selain itu walaupun pakai semalaman dan penuh, kulit anak tetap tidak basah dan selesa. Yang paling utama pada saya diapex wonder pants ni senang dan mudah di pakai tak kira masa serta tempat.
Kodomo Lion Toothpaste
Anak sangat suka kodomo lion
Anak saya mula menggunakan ubat gigi kodomo lion sejak umur 1 tahun lagi dan mereka sangat sukakannya. Selain rasa yang sedap dan tidak pedas, ubat gigi ini juga diformalasi khas untuk gigi susu kanak-kanak. Walaupun pelbagai perasa buah-buahan ubat gigi ini tanpa gula serta florida aktif untuk menjaga kesihatan gigi anak-anak dan memberi nafas yang segar. Dengan xylitol sangat berkesan untuk mencegah kaviti pada gigi susu anak-anak saya. Mereka sangat suka memberus gigi dengan ubat gigi kodomo lion ni.