The body Shop Fijian Water Lotus Body Lotion
Highly recommended this product!
Saya amat sukakan bauan losyen ini. Baunya sangat harum ibarat macam pakai perfume, dan paling penting losyen ini tidak melekit. Baunya tahan lama. Ianya juga dapat melembapkan kulit saya yang kering. Harga pun sangat berpatutan. Seriously korang kena cuba!
Shokubutsu Sakura Whitening
Bauan yang sangat harum!
Saya amat sukakan keharuman produk ini. Dengan bauan bunga sakura yang harum dan selepas menggunakannya kulit menjadi sangat lembut dan baunya tahan lama. Buihnya sangat banyak. Seriously produk ni memang terbaik. Harga sangat berpatutan!
BIO-ESSENCE Miracle Bio Water
Highly recommended!!
Mist ini antara mist yang paling saya suka. Saya selalu beli set 2botol sebab harga sangat berbaloi berbanding beli hanya 1botol. Ianya sangat sesuai untuk kulit muka saya yang agak kering bila berkerja didalam bilik yang ada penghawa dingin. Ianya amat ringan dibawa, boleh dibawa kemana saja bila rasa kulit muka rasa tak bermaya ataupun kering boleh sembur sahaja.
SAFI BALQIS cleanser
Sangat sesuai untuk kulit muka berminyak
Dalam banyak-banyak pencuci muka yang saya pernah cuba. Produk ini antara paling terbaik. Sesuai untuk kulit muka berminyak dan berjerawat. Harga sangat-sangat berpatutan. Yang paling penting ianya 2 in 1 iaitu, pembersih sekali dengan toner. Sangat sesuai untuk sesiapa yang nak jimatkan masa cuci sekali dengan toner.
Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA+++
Sunblock yang sesuai untuk muka dan badan
Saya amat sukakan produk ini, tekstur yang sangat ringan cepat meresap bila dipakai. Dan paling penting ada spf50++ yang dapat bertahan selama 8jam apabila terkena cahaya matahari dan bukan hanya boleh sapu ke muka, malah di badan pun boleh sapu. Untuk kulit muka yang berminyak sesuai sangat.
CLEAN & CLEAR® Oil Control film
Paling best!
Sejak dari zaman sekolah menengah lagi saya menggunakan produk ini. Ianya sangat mudah dibawa kemana-mana dan amat berkesan untuk kulit muka berminyak sebab ianya menyerap minyak di muka. Harganya sangat berpatutan dan berbaloi beli produk ini.