Dynamo Freshness Of Downy Passion Power Gel
Wanginya kekal lama
Yang paling saya suka tentang pencuci dynamo ini adalah kerana cucian kekal lama wanginya walaupun selepas kering dan dilipat. Apabila diseterika, mudah untuk diseterika dan masih berbau wanginya.
Nescafe Cans
Nescafe original pilihan saya
Saya sukakan nescafe original dalam tin dengan rasanya yang memang mantap dan terbaik. Yang paling penting, ianya mesti sejuk. Memang tak ingat dunia kalau dapat minum nescafe sejuk.
Gardenia Original Classic
Boleh dimakan begitu saja
Roti gardenia boleh dimakan tanpa sebarang sapauan di atasnya. Malahan sesuai utk dibuat sandwich dan roti bakar. Teksturnya yang lembut membuatkan saya rasa lebih sedap jika ianya dimakan walau tanpa sebarang sapuan jem.
UHU Stic Glue Stick Solvent Free
Mudah digunakan dan tidak comot
Saya pastikan 3 puteri saya gunakan gam ini utk projek sekolah mereka kerana ianya mudah digunakan dan boleh dilaraskan dengan mudah. Tambahan lagi ianya tidak akan mencomotkan baju seperti gam cecair yg biasa.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Selesa dan harga berpatutan
Anak-anak saya memang dah sinonim dengan jenama ni. Selesa dipakai dan tak mudah bocor. Selain itu harganya juga berpatutan.
Nestle Mat Kool
Belajar berkongsi
Selain warna merah jambunya yang menarik, rasa manisnya, ianya dipromosikan dengan satu aiskrim yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Anak-anak saya belajar berkongsi bila beli aiskrim butterfly ni. Sebelah kanan, kakak punya dan kiri pula adik punya. Terbaik.