JOHNSON’S® Baby Powder
The best powder.
Bedak ini bukan digunakan oleh saya seorang. Malah nenek saya yang sudah berusia juga menggemarinya. Hal ini demikian kerana baunya yang sangat wangi dan bentuknya yang kecil memudahkan saya untuk membawanya kemana sahaja. Selepas mandi atau selepas membasuh muka, saya akan sapu di muka dan di serata badan untuk kekal wangi. Kadang kala saya tidak memakai minyak wangi yang banyak kerana bedak ini sangat membantu. Terima kasih!
Dettol Original Shower Foam
Sabun mandian paling best!
Saya mula menggunakan sabun mandian ini sejak bulan 7 di mana saya memulakan praktikal saya di taska. Memandangkan saya perlu menjaga berpuluh kanak-kanak, saya harus memastikan diri saya bersih dan bebas daripada kuman terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan kanak-kanak selamat daripada dijangkiti pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit seperti HFMD. Walaupun sudah habis praktikal, saya masih menggunakannya kerana sabun ini wangi dan membuat saya berasa dilindungi. Tidak gagal juga membuat saya berasa segar sepanjang hari. Terima kasih Dettol!