Sudocrem
Produk yang bagus
Sudocream adalah produk yang sangat bagus dan elok digunakan kepada bayi. Saya telah menggunakannya kepada anak saya setiap kali saya menukar lampinnya. Oleh kerana sudocream ialah kalis air, tiada kesan merah atau ruam langsung di kulit anak saya walaupun saya tidak menukar lampinnya beberapa jam.
Bio Oil
Sangat berkesan
Saya sangat berpuas hati setelah menggunakan bio oil. Saya mula menggunakan bio oil ketika sedang mengandung 7 bulan dan setelah bersalin, tiada kesan stretch mark pun yang kelihatan di kawasan perut. Minyaknya juga tiada bau dan sangat selesa.
Maybelline Dream Velvet Foundation 50 Creamy Natural
Sesuai dengan kulit
Warnanya sesuai dengan kulit saya dan senang juga dipakai kerana tidak perlu menggunakan berus atau span. Hanya menggunakan jari pun boleh. Harga juga tidak terlalu mahal dan mudah sahaja didapati di kedai.