Tollyjoy Baby Gift Set
Hadiah dari ayah
Ayah saya hadiahkan gift set seperti ini tetapi berwarna biru untuk anak pertama saya. Sungguh comel dan saya paling suka topinya. Bila dipakaikan pada anak saya, comel sungguh! Kain yang lembut sesuai untuk bayi. Mudah dipakaikan. Setelah 5 tahun masih boleh dipakai tetapi saya beri pada saudara saya yang baru melahirkan bayinya. Bukan setakat pakaian semua produk Tollyjoy berkualiti dan tahan lama. Berbaloi untuk ringgit yang telah dibelanjakan. Love Tollyjoy!!
Cap Limau Yu Yee Oil
Sesuai untuk semua
Saya guna minyak yuyee sejak lahirkan anak pertama pada 2013 dan setia menjadi penggunanya hingga kini. Saya sentiasa bawa ia ke mana saja. Bukan hanya untuk anak saya tetapi saya juga gunakannya. Terutama ketika apabila menaiki kereta untuk perjalanan yang jauh. Menghilangkan pening dan loya yang sangat mengganggu keseronokan berjalan. Juga untuk sakit perut dan untuk sakit gigi! Ya, minyak yuyee boleh mengurangkan kesakitan gigi saya kemudian saya segeralah ke klinik gigi untuk rawatan. Terima kasih minyak yuyee! Sentiasa berkesan dan melegakan!
Pantene Shampoo Hair Fall Control
Terbaik pernah saya gunakan.
Saya telah mula guna Pantene sejak umur 17 dan ia memang sesuai dengan saya. Rambut lebih mudah diurus, tak kusut, hampir tiada rambut gugur atau mudah putus dan juga wangi. Memang berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan. Walau apa pun yg saya buat dgn rambut saya ni, rambut sy tetap kuat. Selamanya Pantene utk saya.
Drypers Classic
Cepat penuh la!
Bagi saya Drypers Classic ni kurang memuaskan dan tak berbaloi sebab ia tak boleh tampung jumlah air kencing yang banyak. Hanya dapat bertahan beberapa jam dan lampin dah kembang. Bila anak jalan nampak lampin tu dah berat sangat gayanya. Dibandingkan dengan lampin Drypers yang lain inilah lampin yang paling kurang kualitinya.
Samsung Galaxy Tab 3 V T116NU 8GB
Paling tahan lasak!
Mak saya belikan tab ni beberapa tahun yg lepas utk anak2 saya. Dan sampai sekarang tab ni masih boleh digunakan walaupun anak saya baling dan pijak, terjatuh dari tempat yg agak tinggi, skrin retak sana sini. Tab ni masih berfungsi macam biasa cuma bateri sahaja yg dah tak dapat bertahan lama. Sekarang saya yg guna utk macam2 tugasan. Terima kasih ye samsung galaxy tab 3v dan juga kepada mak yg beli dulu. Memang ni lah tab yg sesuai utk mereka yg lasak dan juga yg kelam kabut.
Nestle Koko Crunch
Sedaaap sangat!
Sejak dari kecil lagi keluarga bagi saya makan Coco Krunch. Boleh kata setiap 2 hingga 3 minggu pasti akan beli sekotak besar. Bila meningkat remaja saya jadikan macam makanan ringan, makan begitu sahaja. Setelah 29 tahun pun masih makan lagi, sekarang kongsi dengan anak dan suami pula. Kadang-kadang mak saya masih belikan untuk kami, belanja cucu Koko Krunch katanya. Memang sedaaap sampai bila-bila.