Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Cepat mudah dan tepat
Saya pernah menggunakan jenama clearblue dan pernah mencuba beberapa jenama lain di pasaran yang lebih jauh lebih murah. Bagi saya jenama clearblue amat mudah digunakan dan resultnya pun sangat tepat. Malah, ianya boleh didapati di mana-mana farmasi seluruh malaysia. Saya amat menyakini jenama ini dan sepanjang 4 kali pregnancy ni saya setia menggunakan clear blue dan hasilnya saya amat berpuas hati walaupun harganya agak mahal berbanding jenama yang lain.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Berbaloi menjadi pengguna setia wee wee drypers
Sejak lahir sehingga kini kedua-dua anak saya masih menggunakan wee wee drypers. Keselesaan dan kebahagiaan anak-anak saya menjadi faktor utama saya memilih dan menjadi pengguna setia wee wee drypers. Bila malam saya tidak perlu risau pada kebocoran kerana ianya mempunyai daya serapan yang tinggi dan tidak menyebabkan kerengsaan kulit pada anak saya. Disamping itu, faktor harga juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan lampin untuk anak-anak saya. Harga yang ditawarkan adalah mampu milik dan kadang-kadang terdapat tawaran yang berbaloi. Selain itu, saya juga boleh mengumpul point daripada setiap pack pembelian dan boleh ditukarkan kepada permainaan untuk anak-anak saya.
Nestle MILO ACTIV-GO
Kegemaran rakyat Malaysia
MILO merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia tak kira tua mahupun muda. Semua orang menggemari MILO termasuk saya sekeluarga. Biasanya saya hidangkan milo pada waktu sarapan pagi dan kadang-kadang waktu minum petang. Bagi saya pengambilan MILO waktu sarapan boleh membantu membekalkan tenaga dan memberi khasiat yang cukup sebelum memulakan hari yang panjang.