Maggi Seasoning
Menambahkan Aroma & Penyedap Makanan
Anak-anak saya amat gemar makan burger. Untuk menjimatkan kos, saya akan membuat sendiri di rumah. Seasoning Maggi wajib ada untuk menaikkan aroma masakan daging burger. Yummy....bau harum satu rumah!
Ayam Brand Coconut Milk
Stok Wajib ada di dapur!
Setiap kali berbelanja, santan kelapa Ayam Brand pasti jadi pilihan untuk di masukkan ke dalam troli. Rasanya yang lemak manis menjadikan menu sajian saya istimewa. Ia sangat membantu ketiga ‘emergency’ iaitu ketika tetamu bertandang ke rumah tanpa dirancang, kari & masakan lain menjadi sedap luar biasa!
Epson L365STD All-in-One Printer
Printer Epson L210 - jimat ink
Saya suka printer Epson L210 kerana dapat melakukan kerja-kerja mencetak dengan laju dan penggunaan ink cattidge yang menjimatkan. Cuma masalahnya bila nak ‘copy’ tiada pilihan untuk copy berapa keping yang kita nak. Perlu buat satu-satu. Harap pihak Epson beri perhatian dalam hal ini.
Silkygirl Moisture Smooth Lipcolor 09 Sugar Plum
Silky girl Moisture Smooth (Hot Fucshia)
Saya amat cerewet dalam memilih lipstick kerana mengalami masalah bibit kering & mengelupas. Produk ini sesuai untuk saya dan warnanya juga sesuai dengan citarasa serta warna kulit saya. Harga juga berpatutan!
Maybelline Clear Smooth Pressed Powder
Produk Berkualiti Harga Mampu Milik
Bedak ini sangat sesuai untuk kulit muka saya yang berminyak. Saya membeli pek refill kerana ingin mencubanya, lagipun harganya adalah berpatutan. Walau bagaimanapun, selepas aplikasi yang pertama, saya terus jatuh cinta de fan produk ini. Kulit muka saya melihatkan halus dan masalah kulit berminyak kurang. Terima kasih Maybelline!
Seri Murni Pure Vegetable Oil
Minyak Masak Pilihan Keluarga
Minyak Masak seri Murni adalah pilihan kami sekeluarga kerana kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi boleh didapati dengan harga yang lebih murah & berpatutan.