PetPet Disposable Baby Diaper
Ekonomi & selesa
Lampin pakai buang yang ekonomi dan sangat berbaloi. Juga tidak merengsakan kulit. Mudah untuk diperolehi di mana- mana kedai.
Sedikit kekurangan produk ini adalah rekabentuk pada bahagian pinggang dan peha yang agak kurang memuaskan sekiranya bayi buang air besar.
Keseluruhannya produk ini adalah antara produk lampin pakai buang yang terbaik yang akan tetap menjadi pilihan saya.
Drypers Baby Bath and Shampoo Head to Toe
wangi dan lembut
Produk yang bagus untuk bayi. Lembut dan wangi. Tangan saya juga tiada rasa pedih ketika memandikan bayi kerana setengah produk yang saya penah guna rasa pedih.
Cuma produk ini agak sukar didapati di kedai2 kecil. Mungkin disebabkan ia produk baru.
Keseluruhannya produk ini bagus dan yang penting harganya juga berpatutan.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
Selamat & selesa
Lampin pakai buang yang selesa dan selamat. Daya serapan air yang optimum walaupun jika dilihat lampin pakai buang ini ianya agak nipis namun daya serapannya tidak mengecewakan. Rekabentuk di bahagian pinggangnya yang tinggi dan potongan di bahagian peha memastikan ianya betul-betul selamat daripada kebocoran dan selesa terutama bagi bayi yang aktif. Tahan lama walaupun lebih 6 jam dipakai. Sangat ekonomi dan harga mampu milik.
Pureen Baby Wipes (Jar)
50-50
Tisu basah yang mudah di bawa kemana-mana kerana rekabentuk bekasnya yang tidak makan ruang serta mudah untuk di dapati di kedai-kedai utama.
Kekurangan produk ini adalah tisunya yang agak kasar dan jarang. Jadi dikhuatiri kekotoran yang di lap akan terkena pada kulit serta tidak sesuai bagi bayi yang kulit sensitif.
Keseluruhannya produk ini boleh dijadikan tisu kecemasan terutamanya ketika melancong atau sebagainya.