Anakku Baby Talcum
wangi!!
Says menggunakan bedak talcum pada anak saya. Bukan sahaja untuk anak saya tetapi saya dan juga suami saya memakainya. Bau yang sangat wangi. Bila apply pada anak saya jarang sekali ruam naik di badan anak saya. Jika letak dileher Zara, tidak akan naik merah di lehernya. Sangat sangat bagus untuk bayi Dan jugak orang dewasa.
Pureen Madame Maternity Pads
Selesa!!
Saya menggunakan pad ini apabila dalam pantang. Dan ia sangat selesa kerana permukaannya yang lembutnya. Tidak mudah bocor, menyerap peluh, tidak membuat faraj saya gatal dan yang paling penting adalah kerana permukaan yang lembu tidak menyakitkan jahitan saya. Tetapi sekurangnya kena tukar 3x sehari. Sangat sangat selesa. Sesuai untuk IBU IBU yang bakal bersalin dengan harga berpatutan.
Drypers Wee Wee Dry Disposable Diaper
lmbut Dan selesa.
Menggunakan drypers weewee dry adalah satu pilihan tepat. Permukaan yang lembut, serapan air yang bagus, tidak mudah bocor, mudah pakai Dan tahan lama. Dan yang paling penting anak saya sangat selesa menggunakannya, kerana tidak kena ruam lampin. Harga yang berpatutan. Kualiti yang bagus sangat.