Johnson’s® Baby Oil
Bagus Untuk Semua - Johsons Baby Oil
Minyak baby oil Johnsons ini amat bagus dan berguna kepada keluarga saya. Daripada bayi saya hingga satu keluarga menggunakannya.
Ia boleh digunakan untuk menjadi minyak rambut, mencuci mekap, losyen untuk anak-anak, bahan untuk mencuci daki dan lain-lain lagi. Ia juga boleh digunakan sebagai pengilat kasut jika kiwi kasut dah habis.
Tapi ia terlalu berminyak dan kadang-kadang terasa terlalu tebal dan menjadikan kita tidak selesa jika terkena air terutamanya semasa mengambil wuduk. Lebih elok jika ia lebih mesra terhadap air dan mudah ditanggalkan.
Johnson’s baby bath
Terbaik Untuk Semua Kanak Kanak
Dengan adanya jonhson’s baby bath ini kukit anak saya sentiasa lembut dan lembab. Amat sesuai untuk anak yang aktif dan sentiasa berpeluh. Baunya juga sungguh wangi sekali. Ia menjadikan kulit nyaman dan segar. Hanya perlu titiskan sedikit sahaja memadai untuk kanak kanak. Tidak mengandungi bahan berbahaya pada kulit kanak kanak. Sesuai untuk semua peringkat umur. Mengandungi air beras untuk menjadikan kulit lembab sentiasa. Harga yang berpatutan dan menjimatkan. Anak anak rasa bahagia dengan mandian ini.