Clearblue Digital Pregnancy Test with Conception Indicator
Tepat dan mudah
Setiap kali miss period, clear blue mesti menjadi pilihan saya. Bacaan tepat untuk kelima-lima kelahiran anak saya. Walaupun harganya agak mahal, clear blue tetap saya cari di farmasi. Saya pernah mencuba pregnancy test yang lain, tetapi tetap menjadikan clear blue sebagai rujukan utama saya. Sangat berpuas hati!
EUBOS Haut Ruhe Lotion
Lembut dan sesuai untuk kulit sensitif
Anak-anak saya memang dilahirkan dengan kulit yang mudah alah. Salah pakai produk, akan naik ruam dan kemerahan.
Selepas menggunakan losyen Eubos, kulit menjadi lembut, lembab dan tiada kegatalan lagi. Selepas sahaja mandi, saya akan terus sapukan losyen Eubos, untuk memastikan kulit anak saya tidak kering dan paling saya suka kemerahan kulit hilang.
Ahmed Tea Green Tea – Pure
Teh hijau pilihan saya dan keluarga
Ahmad green tea mempunyai rasa teh hijau yang sedap, tidak pahit dan bau teh yang menyegarkan. Badan pun kekal sihat, setelah mengamalkan teh ini secara konsisten.Memang ada banyak jenama teh hijau di pasaran, dan walaupun dah pernah cuba rasa teh hijau jenama lain, akhirnya mesti kembali setia dengan Ahmad green tea.
Scotch-Brite® Heavy Duty Scrub Sponge
Span pinggan yang tahan lasak dan berbaloi
Harga span ni lebih mahal berbanding span jenama lain.Tapi, saya sangat berpuas hati sebab dah guna berkali-kali pun masih elok dan tidak rosak.Penyental hijau bahagian atas span pun, tidak tercabut walaupun dah guna lama.Paling bestnye, 1 span ni, tahan lama dan berkualiti tinggi.Sangat berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan.
Pureen Baby Wipes (Fragrance Free)
Pureen baby wipes lembut dan sangat sesuai pada kulit sensitif
Bila ada baby, pureen baby wipes memang sangat membantu dan memudahkan kerja seharian ibu.Ia sangat lembut, kulit tak merengsa dan tiada ruam muncul.Bau tisu ni pun segar dan ia juga tidak mudah koyak. Boleh juga dijadikan pembersih serbaguna seperti mencuci wajah.Kalau tak pakai alat solek, ambil tisu Pureen ni,jadikan sebagai facial cleanser.Memang tisu basah Pureen ni, stand by selalu.
Palmer’s Bottom Butter
Ruam hilang dalam masa 2 hari sahaja
walaupun kerap menukar lampin, masalah ruam tak juga hilang. Alhamdulillah, selepas suami saya belikan palmer lotion untuk ruam lampin, masalah beransur pulih. Selain tu, lotion ni serbaguna, jika kulit tangan atau kaki, kering dan gatal, sapu jer lotion palmer ni. Sekejap dah hilang.. Terima kasih Palmer bottom butter lotion..